Gary Neville mempersoalkan kenapa Marcus Rashford tidak diturunkan sebagai no.9 ? Dan lebih sanggup menurunkan Bruno Fernandes di posisi tersebut sebagai false 9?
Sebenarnya, United memang ada masalah dengan penyerang dari segi ketebalan skuad. Terutama sekali pada hari Mason Greenwood kantoi pergi bantai awek dia dan digantung.
Greenwood adalah ‘jack of all trades’ dalam skuad Manchester United. Pemain yang efektif bermain di posisi sayap dan no.9.
Manchester United sebelum ini melanjutkan kontrak pemain veteran Edinson Cavani selepas aksi cemerlangnya pada akhir musim lalu. Yang sebenarnya memang agak berisiko. Kerana pemain itu ada data kecederaan yang kerap dalam beberapa musim terakhir ini.
Ianya adalah gamble! Dan musim ini Cavani terus bergelut dengan kecergasannya.
Ronaldo dibawa masuk dan dijadikan sebagai no.9 utama pasukan mereka. Adalah difahami kerana Ronaldo memiliki rekod gol luar biasa.
Namun apabila Ronaldo tidak dapat bermain, mereka pastinya mengharapkan Cavani. Malangnya seringkali berlaku Cavani tidak cukup cergas.
Pertimbangan Rangnick
Rangnick menjadikan Bruno Fernandes sebagai false 9 kerana rekod gol luar biasa pemain itu. Dia pemain paling produktif dalam skuad Man United sejak dia menyertai Red Devils.
Namun isunya, Bruno Fernandes gagal memberikan sumbangan lebih besar sebagai false 9. Kerana bermula dengan posisi di atas berbanding posisi yang lebih dari bawah adalah berbeza.
Kepakaran Bruno adalah menjadi third man runner dari bawah masuk ke kotak penalti.
Gary Neville bemoans Ralf Rangnick's "incredible" Marcus Rashford decisionhttps://t.co/B1nYcPNT13 pic.twitter.com/mXEtjwYYBt
— Mirror Football (@MirrorFootball) April 2, 2022
Jadi mereka sekarang ini ada opsyen Rashford sahaja!
Ini setelah Martial merengek untuk pergi dan terpaksa dilepaskan.
Namun selepas Rashford dimasukkan, impaknya sebagai no.9 juga tidak begitu besar.
Mungkin kalau Elanga tak kacau daun, dia akan skor daripada kedudukan jarak dekat. Itu boleh menaikkan motivasinya.
Rashford seorang penyerang yang boleh menjaringkan gol. Namun Mourinho berkata, dia tak akan memberikan pasukan 15 gol semusim apatah lagi 20 gol atau 30 gol liga dalam semusim – jika dimainkan sebagai no.9.
Jose Mourinho pernah melabel Marcus Rashford bukan no.9 yang bagus. Dan pemain itu akan menjadi kurang ancaman sebagai penyerang tengah terutama sekali berdepan dengan lawan yang bermain pragmatik ataupun bertahan dengan unit yang ramai, tidak memberikan ruang kepadanya.
Mourinho kemudian menyatakan bahawa Rashford adalah pemain yang tak suka bergasak dengan bek tengah lawan.
Mourinho berkata: “Saya tak kata dia tak boleh menjadi pemain no.9. Dia akan menjadi no.9 yang berbahaya kalau lawan tidak bermain pragmatik, tidak bermain rapat rapat dan memberikannya ruang.”
“Rashford boleh memberikan ancaman ketika transisi,” kata The Special One pada 2019.
“Dia bukan target man, dia tak akan menjaringkan banyak gol sepertimana penyerang tengah lain lakukan. Jadi saya rasa, dia akan memberikan kamu sekitar 10-12 gol semusim sahaja.”
Jadi, sebenarnya tindakan Rangnick itu adalah difahami. Kerana pada masa ini Rashford tidak menunjukkan prestasi yang baik dan lebih sesuai bermain di sayap kerana dia ada kepantasan.
Man United sangat bergantung kepada Ronaldo dan berharap Cavani akan cergas semula.
Rashford boleh dijadikan pilihan ketiga atau keempat sebagai penyerang utama. Dalam kedudukan sekarang dia adalah pilihan keempat sebagai pemain no.9.
Pilihan kedua sebagai sayap kiri dan pilihan kedua sebagai sayap kanan (ketiga sebagai sayap kanan jika Greenwood masuk balik).
Mereka juga berharap Greenwood akan kembali menyertai mereka selepas segalanya selesai. Malangnya, situasi Greenwood ini benar benar samar.
Man United pasti sedar, mereka gamble melanjutkan kontrak Cavani sehingga melupakan penyerang tengah. Sebelum itu mereka dikaitkan dengan Harry Kane. Bermakna mereka memang mahukan no.9.
Kejayaan mendapatkan Ronaldo membuatkan mereka melupakan terus usaha mencari no.9. Kerana pastinya Cavani akan kehairanan kalau mereka sign penyerang lain lagi.
Rumusan: Ronaldo masih pemain penting
Musim ini United harus meneruskan segalanya dengan dilema yang ada. Mereka seharusnya tidak menukar posisi Fernandes yang ternyata lebih efektif sebagai 8 atau 10 tanpa perlu dipengaruhi siapa yang akan bermain no.9.
Buat masa ini, Rashford adalah pilihan lebih baik untuk no.9 jika tanpa Ronaldo dan Cavani. Keranan posisi itu memang masalah dengan squad depth. Sambil Rangnick menajamkan lagi taktikal mencari gol dari belakang iaitu menerusi Sancho dan Elanga selain Bruno. Kalau abang Do tak bermain.
Apa yang pasti Ronaldo masih pemain penting, paling tepat, terpenting dalam skuad ini. Jadi, cakap cakap yang kata Abang Do tu beban sebenarnya agak boleh dipertikaikan. Kerana tanpa Bang Do, United lagi terbeban dengan krisis depan gol selain daripada mentaliti berpasukan.
Manchester United have failed to win any match that Ronaldo doesn't start in the Premier league. pic.twitter.com/Wd86kX8wsg
— CristianoXtra (@CristianoXtra_) April 2, 2022