Neville Anggap Casemiro Bukan Pembelian Bijak Tetapi Terlalu Mahal

Bekas kapten dan Legenda Manchester United, Gary Neville, melabel pembelian Casemiro bukanlah pembelian yang pintar daripada Ten Hag.

Casemiro kini dianggap sebagai salah satu pembelian terbai Manchester United pada musim panas 2022.

Namun bagi Neville, pembelian itu tidak menggambarkan polisi Ten Hag dalam merekrut pemain, tetapi lebih kepada kehendak pemilik kelab itu sendiri.

Casemiro tampil dalam 35 perlawanan dalam semua pertandingan setakat ini. Menjaringkan 5 gol dan 6 assist.

Pemain itu juga menjadi nadi penting Manchester United ketika kelab itu menamatkan kemarau kejuaraan trofi sejak 2017. Di mana dia turut menjaringkan gol pada aksi final Piala Carabao menentang Newcastle.

Menjadi pemain penting dalam aksi final itu kerana mentaliti dan keupayaannya mengendalikan tekanan.

Namun, walaupun telah beraksi cemerlang bersama Man United, Gary Neville tetap menganggap ianya bukan pembelian yang bijak.

“Saya rasa Ten Hag tak akan merekrut nama nama besar [marquee players],” kata Gary Neville.

“Jika pemilik baru masuk, mereka mahu membuat kenyataan, mereka mahu memecahkan bursa perpindahan.”

“Saya rasa itu tidak sesuai dengannya [cara Ten Hag merekrut pemain].”

Casemiro merupakan salah seorang pemain Manchester United yang menyerlah sejak menyertai musim panas lalu

Gary Neville walaupun merasakan pembelian pemain Brazil itu bertentangan dengan jenis pemain yang sepatutnya dibawa oleh Erik ten Hag ke Old Trafford – menyifatkan dia sebagai ‘pelaburan terlampau besar’.

Neville: Casemiro dah tua dan mahal

Bagi Neville, Ten Hag seorang yang mahukan pemain pemain muda berbakat dan laparkan kemenangan. Bukannya pemain seperti Casemiro yang sudah berusia.

“Saya fikir dia akan mahuka mereka yang lebih muda, lebih lapar yang masih mampu berkembang berbandig ‘artikel’ yang telah siap.”

“Casemiro jelas kali agak kalah sedikit dari segi itu, tetapi anda lihat Antony dan Lisandro Martinez, mereka lebih muda dan lebih lapar.”

“Saya rasa itulah jenis pemain yang dia akan mahu tambah kepada skuad ini daripada berkata, ‘Oh, Kylian Mbappe tersedia atau pemain itu dan itu tersedia’. Tetapi Casemiro, tidak syak lagi – kita semua mengatakannya – £60 juta? £70j? Dan £20 juta setahun [kontrak] selama lima tahun ialah pelaburan £170 juta. Itu adalah pelaburan yang terlalu besar.”

“Ia bukan pembelian yang bijak atau cerdik apabila anda melihatnya dari sudut pandangan [gambaran yang lebih besar]. Tiada seorang pun di antara kita yang berfikir begitu [Casemiro pelaburan bijak].”

Casemiro, bersama-sama Marcus Rashford, telah membuktikan dirinya sebagai salah seorang pemain terpenting United di bawah kendalian Erik ten Hag musim ini.

Selepas terlepas perlawanan pembukaan musim ini, bahagian tengah United kelihatan lebih kuat apabila pemain Brazil itu berada di tengah padang.

Neville juga memuji pengaruh Casemiro, sambil menambah: “Impak yang dia tunjukkan dalam jangka pendek dan apa yang Manchester United perlukan sekarang, dia memberikan impak kepada kelab dengan cara yang sukar dipercayai.”

Komen Neville itu mendapat perhatian peminat United sendiri. Mereka menyatakan: “Apa yang kamu akan harapkan keluar daripada mulut pundit Inggeris ke atas pemain bukan Inggeris.”

Mereka mempersoalkan, adakah Neville akan bersuara benda yang sama jika United mendapatkan pemain tengah Inggeris yang berusia dengan harga yang mahal?

Minggu lalu, Ten Hag memberi penghormatan khas kepada Casemiro, bersama rakan veteran Raphael Varane dan David de Gea, selepas kemenangan 2-0 mereka ke atas Newcastle di Wembley pada hari Ahad.

“Mereka tahu bagaimana untuk memenangi trofi,” kata pengurus United itu.

“Anda memerlukan mereka di atas padang untuk mengatur pasukan, terutamanya dari segi mental dan mereka mempunyai sikap menang yang mereka bawa ke bilik persalinan.”

Rashford juga memuji rakan sepasukannya, Casemiro. “Dia membuat perubahan besar,” kata penyerang England itu.

“Kepimpinan dan pengalamannya sangat besar untuk kami dan apabila dia berada di atas padang, anda merasakan rasa selamat di bahagian belakang kami.”