Neville Dan Keane Tuduh Ada Beberapa Lawan Mereka ‘Ambik Barang’ Terutama Sekali Pasukan Itali

Gary Neville dan Roy Keane telah menuduh beberapa lawan yang mereka hadapi ketika mewakili Manchester United dalam Liga Juara-Juara disyaki doping, terutama sekali pasukan dari Itali.

Menurut Keane dan Neville, beberapa pasukan dari Itali ketika menentang mereka kelihatan sangat segar dan cergas. Amat sukar untuk menentang mereka.

Neville dan kapten United, Keane, bermain dalam kejohanan itu dari musim 1993-94. Keane bermain sehingga 2005 dan Neville melanjutkan kariernya di UCL sehingga 2010.

Neville memberitahu podcast Stick To Football: “Ada beberapa pasukan yang melekat dalam fikiran saya … Saya rasa ada beberapa pasukan yang kami lawan yang tidak bersih. Kami fikir pada masa itu.”

Neville merujuk kepada sukan berbasikal dan sukan lain yang mengambil perangsang meningkatkan prestasi telah terbukti berleluasa.

“Maksud saya ialah apabila anda melihat kembali sekarang apa yang muncul, selepas apa yang berlaku dalam sukan berbasikal dan sukan lain dan [dengan] doktor … Kami fikir pada masa itu ada perkara yang secara fizikal [tidak betul].

“Kami adalah pasukan yang cergas, kami bukan peminum, kami cergas [jadi kami fikir:] ‘Ini macam ada yang tak betul. Ada sesuatu yang tak kena di sini.’

“Saya keluar dari padang menentang pasukan Itali dan berfikir: ‘Itu tak betul ni.’ Saya tahu bahawa beberapa pemain lain pada pertengahan 2000-an memikirkan perkara yang sama.”

Keane bersetuju. “Apabila kami bermain pasukan tertentu, saya akan rasa tak gembira dan anda benar-benar hancur,” katanya.

“Saya ingat itu. Saya akan melihat pemain yang saya lawan, beberapa pasukan Itali, dan mereka kelihatan seperti mereka tidak pernah bermain perlawanan langsung.”

Peminat Serie A kecewa dengan komen Neville dan Keane. Dan mengingatkan mereka bahawa pada 2022, Marca melaporkan ada 88 pemain di EPL yang gagal dalam ujian doping.

Dan pada di antara 2015-2022 tersebut terdapat 15 pemain yang gagal. Dalam ujian doping namun tidak ada seorang pun yang pernah digantung dalam tempoh itu.

Kemudian ada juga peminat menyindir Neville bahawa rakan baiknya Ferdinand digantung 9 bulan kerana mengelak untuk menjalani ujian doping.