Gary Neville dan peminat EPL mengecam tindakan pemilikk Nottingham Forest yang dianggap biadap ke atas Nuno Espirito Santo.
Pemilik Forest, Evangelos Marinakis kecewa pasukannya diikat Leicester, telah masuk ke dalam padang pada wisel penamat dan dilihat memarahi Nuno Espirito di hadapan khalayak ramai, dengan jutaan lagi mata menonton di kaca tv.
Forest gagal mempertahankan kelebihan 2-1 mereka dan diikat oleh Leicester pada minit ke-81. Keputusan itu sukar diterima Marinakis yang mahu kelab itu layak ke UCL musim hadapan.
Pada kedudukan semasa, Forest hanya 1 mata dibezakan daripada slot ke UCL musim hadapan.
Peminat kecewa dengan Marinakis yang dianggap jenis tidak mengenang budi. Sedangkan Nuno Espirito telah membantu kelab itu terbang tinggi musim ini.
Peminat faham Marinakis sedih dan kecewa, namun cara dia menempelak Nuno Espirito di dalam padang itu sukar diterima.
Nuno Espirito dipuji kerana kekal tenang dan tidak cepat melatah ketika diserang oleh pemilik kelab sendiri.
this is pathetic pic.twitter.com/nholHReSIi
— TREVIS (@utdtrevis) May 11, 2025
Gary Neville menulis di X: “Ini skandal daripada pemilik Forest. Nuno harus angkat kaki sahaja, dan berunding penamatan kontrak dengan pemilik. Peminat Forest, pemain pemain dan pengurus tidak patut dilayan seperti itu.”
Seorang netizen menulis: “Forest berada di mana mereka ada sekarang kerana Nuno. Dia selayaknya menerima penghormatan, bukannya benda mengarut seperti ini yang menjadikan dia subjek.”
They are where they are because of Nuno. He deserves respect, not this nonsense that he got subjected to.
— GhostLady Official (@GhostLady_ZA) May 11, 2025
Nuno Espirito bagaimanapun mempertahankan tindakan pemilik kelab itu. Menurutnya: “Bola sepak adalah sukan yang sarat dengan emosi. Ianya sukar untuk dikawal, terutama sekali selepas kita meletakkan harapan yang tinggi hari ini.”
Nuno kemudian menegaskan bahawa, pemilik kelab sedikit kurang mengerti dengan situasi Awoniyi. Dan Nuno tidak menyebut bahawa pemilik kecewa dengan keputusan seri. Mungkin dia masih menjaga nama pemilik kelab di hadapan media.
Marinakis kemudian menjelaskan bahawa, dia akui terbawa bawa dengan emosi. Dia berkata: “Semua orang, staf kejurulatihan, pemain pemain, peminat dan saya sendiri – kami semua kecewa dengan cara mengendalikan kecederaan Awoniyi. Sama ada pemain harus meneruskan perlawanan atau tidak.
“Ini benda biasa dalam bola sepak, menunjukkan betapa tinggi semangat kita untuk kelab ini.”