Neville Dedah Sikap Tevez Yang Menjengkelkannya: ‘Main Power, Profesionalisme Kelaut’

Gary Neville mengecam Carlos Tevez di atas tingkah laku dan profesionalisme menjelang akhir musim keduanya di Manchester United, sambil menambahkan dia “tidak tahan” dengan sikap pemain Argentina itu.

Tevez memenangi dua gelaran Liga Perdana Inggeris dalam beberapa musim bersama United antara 2007 dan 2009, dan juga satu kejuaraan Liga Juara-Juara.

Tevez kemudian mengejutkan ramai pihak apabila dengan pantas meninggalkan kelab itu untuk menyertai seteru sebandar yang sedang meningkat naik, iaitu Manchester City selepas tempoh pinjaman dua tahunnya di Man City berakhir.

Salah satu sebab kenapa Tevez pergi ke City adalah kerana tidak sehaluan dengan Sir Alex Ferguson yang tidak mengendahkan permintaan Tevez yang mahukan gaji yang sangat tinggi.

Walaupun ramai peminat United marah dengan pemain Argentina itu kerana bergabung dengan City, sikapnya yang semakin menjengkelkan setelah kempen musim pertama di United membuat Neville kesal.

Carlos Tevez
Manchester City 2009/10
Christopher Samba Blackburn Rovers
Manchester City V Blackburn Rovers (4-1) 11/01/10
The Premier League
Photo Robin Parker Fotosports International

“Apa yang mengganggu saya dengan Tevez adalah dia sengaja menurunkan prestasinya pada musim keduanya,” kata mantan kapten United, Neville kepada Sky Sports.

“Dia mula lepak di atas bilik rawatan, mulai datang lambat untuk ke latihan, dan mula bermain-main.”

“Dia bermain-main di kelab dan saya tidak tahan dengannya, terutamanya dengan perangai saya ketika itu, saya merupakan orang Manchester United yang garang yang tidak pernah memikirkan perkara lain dalam hidup saya.”

“Saya faham bahawa dia dalam keadaan tersebut, tetapi orang-orang di sekelilingnya selalu mempengaruhinya dan dia mulai mengikut orang orang ini. Jadi, pengakhirannya akan nampak seperti itu.”

“Saya merasa kecewa kerana, sebagai profesional, bagi saya dia tidak bertindak dengan cara yang betul.”

“Masalah yang saya hadapi dengan Tevez bukanlah kerana dia bermain untuk Manchester City. Itu bukan masalah utama bagi saya. Tetapi saya bermasalah dengan cara dia bermain dalam beberapa bulan terakhir. Saya tidak menyukainya. ”

Cristiano Ronaldo, yang juga berangkat meninggalkan pada akhir musim 2008-09, adalah contoh pemain yang meninggalkan United dengan cara yang betul, menurut Neville.

“Saya tidak pernah mempunyai masalah dengan orang yang meninggalkan kelab,” katanya.

“David Beckham meninggalkan kelab, Cristiano Ronaldo meninggalkan kelab, Ruud van Nistelrooy meninggalkan kelab. Mereka semuan pemain pemain yang hebat hebat belaka.”

“Tetapi ada cara untuk kita meninggalkan kelab dan sikap kamu semasa kamu berada di sana.”

Neville ingin menegaskan bahawa dia adalah seorang yang sangat mengagumi kemampuan Tevez, ketika pemain itu membentuk serangan bertiga yang menghancurkan lawan mereka dengan adanya Ronaldo dan Wayne Rooney.

(L-R) Manchester United’s Carlos Tevez, Wayne Rooney and Cristiano Ronaldo

Neville menambah: “Kita jelaskan sahaja di sini, Tevez, selama setahun, dengan Ronaldo dan Rooney, sungguh menakjubkan.

“Mereka adalah ‘di luar dunia ini’, bukan hanya kerana kualiti pemain, tetapi kerana mereka ada tekad dan ada rasa mementingkan diri sendiri, mengerikan, yang ada pada mereka bertiga.”

“Ronaldo dengan cara yang berbeza di atas padang. Dia sangat hebat dari segi penampilannya di atas padang. Tetapi Rooney dan Tevez adalah street fighters sebenar, dengan kemampuan luar biasa.”

“Kalau kita bercakap mengenai trio serangan terbaik di Liga Perdana Inggeris – anda tidak akan pernah mengalahkan trio ini pada pandangan saya.”

https://twitter.com/alIaboutunited/status/1260592611330600960