Neville Kata Mohamed Salah Hanya Pergunakan Liverpool; Ye Ke?

Bekas kapten Manchester United dan juga pundit di Sky Sports, Gary Neville mempertahankan kenyataannya pada lapan belas bulan yang lalu.

Di mana pada ketika itu, Neville percaya Mohammed Salah sebenarnya sentiasa berimpian untuk ke Real Madrid.

Ramalan Neville

Pada ketika itu dalam satu dialog perdebatan terbuka, Gary Neville menegaskan bahawa, Mohamed Salah akan terlebih dahulu meninggalkan Liverpool,

Mohamed Salah pada waktu itu dikaitkan dengan Real Madrid.

Gary Neville juga meramalkan, ketika Mohamed Salah pergi meninggalkan Liverpool, pasukan The Reds tetap tak akan memenangi Liga Perdana Inggeris.

Malah beliau percaya Ole Gunnar Solskjaer akan membantu Manchester United menjuarai Liga Perdana Inggeris lebih awal daripada Liverpool di bawah Jurgen Klopp.

Namun kenyataan Gary Neville itu ternyata semakin tersasar. Liverpool ketika ini menjarakkan diri 22 mata daripada Manchester City.

Dan pada masa yang sama skuad bimbingan Ole Gunnar Solskjaer jauh berada di belakang.

Neville: Salah hanya pergunakan Liverpool

Tetapi Gary Neville tetap menegaskan bahawa, ramalan beliau tentang Mohamed Salah pergi meninggalkan Liverpool akan menjadi kenyataan.

Neville menyatakan bahawa Raja Mesir itu hanya mempergunakan Liverpool dan menjadikan kelab itu batu loncatan bagi agenda peribadi beliau mahu menyertai kelab impian beliau, Real Madrid.

Liverpool hanyalah persinggahan dan bukannya destinasi untuk Mohamed Salah.

Neville berkata:

“Saya merasakan bahawa Mohamed Salah ada keinginan untuk pergi dan bermain untuk Real Madrid.”

“Saya dahulu pernah bermain dengan David Beckham. Saya pernah bermain dengan Nistelrooy, Dan saya juga pernah bermain dengan Cristiano.”

“Kesemua mereka mahu menghidupkan aspirasi untuk memenangi Ballon d’Or, Oleh sebab itu mereka mahu menyertai Real Madrid. Sebab di sana mereka akan mendapat lebih perhatian.”

“Penyokong Liverpool pasti akan ada perasaan bertanya tentang kesetiaan; Adakah Salah akan meninggalkan kita?”

“Saya rasa dia boleh meninggalkan Liverpool. Kerana saya percaya beliau hanya menjadikan Liverpool sebagai batu loncatan semata mata di dalam kerienrya.”

“Pemain seperti Mohamed Salah seharusnya berada di kelab seperti Real Madrid atau Barcelona.”

“Kita jujur je lah, Barcelona dan Real Madrid adalah satu simbol kejayaan bagi ramai pemain.”

Penilaian

Agak sukar untuk menilai kenyataan Gary Neville itu. Kerana ianya berpaksikan spekulasi semata-mata. Namun cara beliau bercakap seolah-olah beliau mengenali Mohamed Salah secara peribadi.

Jika dinilai, Mohamed Salah menaikkan kariernya bersama dengan Liverpool. Beliau dibantu oleh kejurulatihan di Anfield yang diketuai oleh Jurgen Klopp.

Ketika Liverpool menandatangani beliau, Mohamed Salah bukanlah pemain yang boleh menjaringkan sehingga 30 semusim.

Namun beliau seorang pemain sayap yang sangat bagus dan laju. Tetapi tiada siapa ku menduga beliau seorang yang sangat prolifik sehingga menjadi pemain yang tipikal pesaing untuk Ballon d’or.

Jadi bagaimana boleh kita menyatakan, Mohamed salah menyertai Liverpool kerana mahu menjadikan kelab tersebut sebagai satu batu loncatan semata-mata?

Mohamed Salah mungkin akan ke Barcelona dan Real Madrid dan ke mana sahaja yang beliau mahukan. Kerana semua kelab mahukan pemain seperti beliau.

Namun untuk nyatakan Liverpool sebagai batu loncatan, ianya agak tidak adil bagi Mohamed Salah. ia hanyalah satu kenyataan yang boleh membuatkan orang membenci Mohamed Salah.

Sedangkan pemai yang bernama Mohamed Salah telah menyumbangkan segalanya untuk kelab ini bagi mencapai kejayaan semula. Beliau membantu Liverpool menamatkan kemarau kejuaraan UCL pada musim 2018/19.

Dan musim ini beliau dalam landasan terbaik untuk membantu Liverpool menamatkan kemarau kejuaraan Liga Perdana Inggeris.

Sekiranya Mohamed Salah pergi ke kelab lain selepas ini, beliau tidak perlu rasa bersalah apa-apa, kerana beliau telah memberikan segalanya sepanjang kariernya bersama Liverpool.

Beliau boleh pergi sebagai Legenda. Namun sebagai peminat kita pastinya mahu pemain seperti beliau terus kekal bersama dengan kita. Tak gitu?

Baca yang lain