Neville Kecewa Ada Tangan Ghaib Suka Kongsi Apa Yang Berlaku Dalam ‘Kelambu’ Pasukan

Gary Neville ternyata tidak gembira dengan adanya tangan ghaib dan tali barut dalam kem Manchester United yang seringkali menjaja dan menjual cerita dalam pasukan kepada media.

Setiap pasukan pasti ada cerita mereka tersendiri di dalamnya, namun sejak akhir akhir ini, Neville mendapati terlalu banyak cerita dalam ‘kelambu’ di Manchester United sampai ke pihak media.

Ini termasuk cerita para pemain dalam group mesej mereka memperlekehkan Rangnick dan pembantunya Chris Armas. Mereka melabel Rangnick sebagai old school dalam corak latihan.

Kemudian troll Chris Armas sebagai Ted Lasso. Watak fiksyen seorang coach yang tak berguna dalam siri komedi hits. Ianya benar benar tidak profesional.

Neville bercakap secara terbuka tentang perkara itu. Di mana dia menyifatkan bahawa sikap pemain yang memperlekeh coach sendiri sebagai biadap. Kerana coach adalah guru kepada pemain.

Neville berkata: “Saya anggap itu tidak sopan. Saya ada dengar tentangnya Jumaat lalu. Saya tak tahu celah mana benda tu kelakar? Itu bukan kelakar, itu biadap, apabila mereka menyamakanorang nombor dua Ralf Rangnick sebagai ‘Ted Lasso’.”

“Saya fikir ia menjijikkan sebenarnya. Itu sebenarnya merumuskan apa yang saya fikirkan tentang mereka, bahawa mereka tidak tahu menghormati orang lain.”

Kemudian Neville tampil membidas beberapa pihak yang ibarat tangah ghaib campur tangan dalam menjaja cerita kepada media demi kepentingan diri sendiri.

Neville menganggap Ralf Rangnick dan staf kejurulatihannya pada ketika ini pasti sangat tertekan. Kerana semua perkara dalam pasukan sekarang ini terus sampai ke media.

Beberapa minggu lalu, media mendapat tahu ada beberapa pemain mahu angkat kaki. Dilaporkan 11 pemain Man United meminta kelab mempertimbangkan tawaran dari kelab lain.

Dua pemain kemudian terpaksa dilepaskan iaitu Anthony Martial dan juga Donny Van De Beek yang pergi secara percuma.

Selain itu media turut mendapat tahu bahawa ada pemain yang tak selesa dengan taktikal Rangnick. Lantas beberapa hari selepas itu Rangnick benar benar mengumumkan bahawa mereka akan bermain 4-3-3 selepas ini bukannya 4-2-2-2.

Seterusnya, Lingard dilaporkan bengang kerana dihalang untuk pergi ke kelab lain kerana isu yang menimpa Greenwood. Neville sendiri seolah olah tidak percaya cerita cerita seperti itu sampai kepada media.

Lantas Neville menyatakan bahawa ianya kerja ejen ataupun pasukan PR [perhubungan awam] para pemain yang mahu menjaga nama pemain dan klien mereka sahaja dan memburukkan kelab serta orang lain.

“Saya fikir jika saya adalah Ralf Rangnick atau pembantunya, saya akan mendapat kekuatan daripada itu kerana saya tidak mahu berada di padang yang sama dengan beberapa pemain yang membocorkan jenis cerita itu. Ia tidak pernah berlaku pada zaman saya tetapi kami mempunyai tahap kestabilan pasukan yang paling hebat…”

“Mereka yang melakukannya [membocorkan cerita sulit dalam kelab kepada umum], pasukan PR, pasukan pemasaran dan ejen para pemain. Mereka melakukannya untuk menjaga periuk diri sendiri dan melindungi pemain mereka sendiri.”

“Apa yang mereka tidak sedar ialah apabila mereka pergi dan bercakap dengan orang media itu, orang media itu bercakap dengan kita, jadi kita semua akan mengetahuinya.”

“Realitinya kita tidak suka.”

“Pasukan Manchester United ini pada hari ini hanya menjaga diri kepentingan diri sendiri, cari salah orang lain, mencari alasan sepanjang masa. Hentikannya!”

Man United jelas sekali perlu memperbaiki prestasi mereka dan pada masa yang sama sikap mereka sebagai satu pasukan.