Pengurusan bola sepak atau kejurulatihan selalunya merupakan karier seterusnya yang diambil oleh pemain bola sepak selepas bersara.
Ramai pemain bola sepak mendapati peralihan kepada peranan pengurusan mencabar kerana kejayaan tidak selalu dijamin walaupun mereka memiliki rekod luar biasa sebagai pemain.
Walaupun terdapat banyak kesukaran yang dihadapi Gary Neville semasa mengendalikan Valencia, tiada penghinaan yang lebih teruk daripada kekalahan memalukan di tangan FC Barcelona kendalian Luis Enrique.
Di mana Barca meraih kemenangan 7-0 pada aksi pembukaan separuh akhir Copa Del Rey pada tahun 2016. Seolah-olah kekalahan itu tidak cukup menyakitkan, legenda Manchester United itu malah akui dia terpaksa tunduk kepada ‘kejahatan’ pengurus asal Sepanyol itu.
Episod terbaru The Overlap mengenai Stick to Football Sky Bet ada pendedahan itu. Neville sedang membincangkan cabaran yang dihadapinya semasa menguruskan Valencia.
Semasa berdepan dengan Ernesto Valverde membuatkan dia berasa seperti ‘berbatu-batu jauh’ di belakang. Dia juga gerun melihat aura ‘kelakuan ganas dan tenaga Diego Simeone di garisan tepi.’
Menariknya, Neville kemudian memberikan komen ke atas Enrique, setelah berdepan dengannya dalam aksi yang mengaibkannya.
Sambil mengakui bahawa bos Sepanyol itu mempunyai apa yang diperlukan untuk membawa PSG berada di kemuncak.
Neville membuka cerita tentang penghinaan yang mengejutkan daripada Enrique ketika aksi menentang Barca.
“Mereka 4-0, 5-0 di atas dan dia tidak mengeluarkan Neymar, Messi, atau Suarez dan dia berdiri di sana. Pada penghujung permainan, dia berjalan terus melepasi saya, mengabaikan saya dan saya fikir ‘You F**k [kau kemaluan la],’” dedah Neville.
Gary Neville reveals the moment he was furious after Luis Enrique blanked him in 2016 😂
“After Barcelona beat me [Valencia] 7-0 in the Copa del Rey, I went up to shake [Luis Enrique’s] hand. He walked straight past me, ignored me, and I thought, you f–ker.” pic.twitter.com/fygGSTelTc
— Ø$¥ (@Osy_barcafan) May 2, 2024
Terutama, apabila disoal mengapa bekas pengurus Catalan itu tidak menyambutnya, pakar itu mendedahkan jenis mesej yang Enrique mungkin cuba sampaikan.
“Kekejamannya, kengerian itu, saya fikir dia hampir seperti berkata ‘Balik je la kamu budak kecil.'”
Enrique mengabaikan jabat tangan dengan pengurus baru tersebut sebagai isyarat bahawa itu bukan dunia Neville.
Ketika itu dia mulai merasa rendah diri untuk meneruskan karier sebagai pengurus.
Namun Neville menyatakan ramai juga pengurus yang memberikan sokongan kepadanya sebagai pengurus baharu. Misalnya bekas pengendali Liverpool, Rafa Benitez yang menjadi pengurus Real Madrid pada masa itu.
Di mana Rafa Benitez yang berdepan tekanan daripada penyokong sendiri, masih sempat bergegas mendapatkan Gary Neville untuk memberikan kata kata selamat dan menyantuninya.
“Selepas perlawanan, dia datang dan bersalaman dengan saya. Dia jelas pernah berada di Valencia dan dia sebenarnya sangat baik dengan saya. Dia melunangkan masanya dengan saya 4-5 minit.”
Sesungguhnya, tanda penghormatan yang ketara daripada Benitez, yang pastinya kekal di hati Neville. Malangnya, kerjaya pengurus berusia 49 tahun itu tidak bertahan lama di Los Blancos.
Setelah dilantik sebagai bos Valencia pada Disember 2015, Neville kekal bertanggungjawab untuk hanya 28 perlawanan, meninggalkan peranan itu pada Mac 2016.
Sebelum berkhidmat di Sepanyol, dia mengambil jawatan penolong jurulatih di Manchester United dan kemudian di England. Namun begitu, ia pastinya kekal sebagai detik yang tidak dapat dilupakan dalam karier bola sepak Gary Neville.