Arsenal meraih kemenangan penting 2-0 di tempat lawan ke atas Tottenham Hotspur pada petang Ahad.
Persembahan dominan separuh masa pertama daripada Gunners memastikan mereka menapau kesemua tiga mata hasil jaringan sendiri Hugo Lloris dan rembatan kuat Martin Odegaard.
Prestasi dan tempo skuad kendalian Mikel Arteta turun sedikit selepas separuh masa tetapi beberapa aksi heroic daripada penjaga gol, Aaron Ramsdale memberikan Arsenal kemenangan pertama di tempat lawan dalam Liga Perdana Inggeris ke atas pesaing setempat mereka itu sejak 2014.
Keputusan itu kini bermakna The Gunners mendahului lapan mata daripada Manchester City yang berada di tangga kedua di tangga teratas liga, selepas The Citizens tewas 2-1 kepada Manchester United pada petang Sabtu.
Namun, legenda United, Gary Neville tidak tertarik dengan pandangann ramai pihak bahawa kejuaraan bakal milik kelab di London utara itu.
Neville malah meramalkan mereka akan berakhir di belakang dua kelab Manchester.
Apabila ditanya sama ada Arteta dan anak anak buahnya akan memenangi gelaran itu, Neville berkata dalam podcastnya: “Tidak. Tetapi saya juga pernah berkata Leicester tidak akan memenangi liga.”
“Arsenal tidak akan memenangi liga. Manchester City akan memenangi liga, dan saya fikir Man Utd akan menduduki tempat kedua, dan saya tahu itu akan mengganggu peminat Arsenal.”
Dia menambah: “Realitinya, saya fikir pada satu ketika Man City akan mulai memecut. Sebaik sahaja mereka melakukannya, mereka perlu menentang Arsenal dua kali.”
Gary Neville doesn't believe Arsenal will finish in the top two of the Premier League 😅 pic.twitter.com/7Y8U66qlw0
— ESPN UK (@ESPNUK) January 16, 2023
“Pada satu ketika, akan ada tempoh yang sangat sukar untuk Arsenal musim ini. Adakah boleh dibayangkan bahawa Arsenal akan terus seperti sedia ada? Saya tidak fikir ia begitu.”
“Mereka boleh jadi seri dua dan tewas satu dalam tempoh tiga perlawanan, dan jika mereka berbuat demikian, kelebihan mereka akan hilang.”
“Itulah yang saya fikir akan berlaku, kita akan melihat tipikal Liga Perdana Inggeris yang klasik, di mana satu pasukan keluar menonjolkan diri mereka, pacemaker, dan kemudian mereka akan ditarik balik dalam sedikit masa lagi.”
“Tetapi saya masih berfikir bahawa musim ini akan menjadi jauh lebih baik untuk Arsenal daripada yang saya bayangkan.”
“Saya tahu peminat Arsenal akan menghentam saya, seperti yang mereka lakukan sejak empat bulan lalu, saya harap kamu akan memenanginya.”
Neville: Arteta belum bertaraf super manager
“Saya fikir ianya sangat sukar untuk pengurus muda seperti Mikel Arteta memecah masuk ke dalam kelompok [Antonio] Conte, [Jurgen] Klopp , [Carlo] Ancelotti, [Pep] Guardiola, [Jose] Mourinho dan menjadi salah seorang pengurus super [super manager] tersebut.”
“Jika Arteta memenangi liga musim ini, dia akan berjaya memecah masuk ke dalam kumpulan itu. Dia tetap berpeluang melakukannya, kerana bola sepaknya hebat.”
“Tetapi dia [Arteta] masih perlu untuk memenangi trofi Liga Juara-Juara Eropah, Liga Perdana Inggeris.”
“Ini kerana untuk bergelar pengurus super, mereka adalah pengurus yang memenangi trofi-trofi itu.”
“Jadi, berharap sahajalah agar mereka [Arsenal] boleh memenanginya.”
“Saya suka kalau United yang memenanginya, namun saya tak rasa mereka akan mememanginya [EPL] musim ini.”