Neville: “Manchester United Harus Bantu Mudahkan Ronaldo Angkat Kaki”

Gary Neville percaya Manchester United seharusnya mencari jalan untuk membantu Cristiano Ronaldo meninggalkan kelab itu pada musim panas ini.

Spekulasi mengenai masa depan penyerang itu telah menjadi tajuk utama dalam persiapan pramusim United sejak superstar Portugal itu menyerahkan permintaan perpindahan mengejut bulan lalu.

Selepas terlepas jelajah pramusim di Thailand dan Australia, Ronaldo bermain perlawanan pemanas badan pertamanya pada hari Ahad menentang Rayo Vallecano tetapi dikeluarkan pada separuh masa selepas interaksi tegang dengan pengurus baharu Erik ten Hag.

Pemenang Ballon d’Or lima kali itu dilihat meninggalkan Old Trafford sebelum perlawanan tamat. Dan Ten Hag kemudiannya menganggap kelakuan itu “tidak boleh diterima”.

Bercakap mengenai episod terbaru Sky Bet’s The Overlap, bekas kapten Manchester United, Neville berkata, Ronaldo sepatutnya dibenarkan meninggalkan kelab itu sebelum jendela perpindahan ditutup.

“Pencapaian Ronaldo dalam bola sepak telah melangkaui apa-apa yang diingini dan dibayangkan oleh sesiapa sahaja,” kata Neville, yang bermain bersama Ronaldo semasa tempoh pertama pemain Portugis itu di OId Trafford.

“Dia akan menjadi sebagai salah seorang pemain terbaik sepanjang zaman dan akan sentiasa begitu. Apa yang berlaku pada musim panas ini di Manchester United akan dilupakan dalam tempoh 20 tahun akan datang.”

“Tetapi adalah tidak sedap untuk saya menonton sebagai bekas kapten Manchester United, memikirkan bahawa pada masa ini pemain bintang di bilik persalinan sedang bermain.”

“Ia pernah berlaku dalam beberapa tahun kebelakangan ini, di mana anda mempunyai ejen [Paul] Pogba – tidak semestinya Pogba – tetapi ejennya sentiasa berteka teki [tentang masa depannya].”

“Anda tidak boleh mempunyai pemain bintang anda yang mengendalikan ‘kedai’ [kelab]. Anda tidak boleh begitu. Jadi apabila Sir Alex Ferguson pada masa lalu menjual pemain, ia adalah kerana pemain itu perlu dijual.”

“Saya tahu peminat Manchester United mahu Ronaldo kekal. Tetapi jika Ronaldo mahu pergi, Manchester United – dalam fikiran saya – harus memudahkan urusannya.”

Neville juga berkata dia bimbang dengan aktiviti perpindahan United pada musim panas ini dan percaya Ten Hag tidak diberi sokongan yang mencukupi oleh kelab itu.

The Red Devils telah menandatangani Tyrell Malacia dari Feyenoord, Lisandro Martinez dari Ajax dan Christian Eriksen secara percuma, tetapi setakat ini gagal menghadiahkan sasaran No 1 Ten Hag, Frenkie de Jong dari Barcelona.

“Saya fikir dia [Ten Hag] mempunyai permulaan yang sangat mengagumkan, permulaan yang meyakinkan, walaupun pemain bintangnya [Ronaldo] terus bermain main [dengan situasi] dan dia tidak disokong di luar padang oleh operasi yang tidak boleh merealisasikan pembelian pemain yang dia mahukan,” tambah Neville.

“Jika anda berkata dua bulan lalu bahawa Manchester United akan mempunyai Fred dan [Scott] McTominay di bahagian tengah – dan saya suka kedua-duanya, saya fikir secara individu mereka memberikan yang terbaik untuk Manchester United – dan kita akan mempunyai [Anthony] Martial di hadapan, jujurnya, setiap peminat dan jurulatih Manchester United membuang namanya dan fikir dia akan pergi. Dia kini dia adalah penyerang tengah kita untuk musim ini.”

“Saya akan mengatakan bahawa pengurus telah diberikan tugasan yang sukar.”

Neville percaya ketidakupayaan United untuk mendapatkan tandatangan De Jong semakin memalukan kelab itu.

“Saya berkata ini tentang [Jadon] Sancho dan ia sama sekarang dengan De Jong, ia sampai ke tahap di mana pembelian yang sepatutnya menjadi keterujaan untuk kelab… ia berlarutan sehingga anda kehilangan keterujaan untuk menandatangani poemain itu,” tambah Neville.

“Ia hampir menjadi agak memalukan. Ia masih berlaku. Saya benar-benar bimbang tentang hakikat bahawa mereka masih tidak boleh mendapatkan tandatangan pemain tersebut.”

 

Baca yang lain

Bayern Munich Mahu Unai Emery

Pengurus Aston Villa, Unai Emery kini berada dalam radar Bayern Munich. Bekas pengendali PSG dan pemenang beberapa trofi UEL itu menunjukkan hasil