Neville Minta Rangnick Berhenti Tiru Blueprint Taktikal City Dengan False 9

Gary Neville menggesa Manchester United berhenti untuk menurunkan Bruno Fernandes sebagai false-nine dan sebaliknya menurunkan Marcus Rashford sebagai penyerang.

The Red Devils telah banyak bergantung kepada Cristiano Ronaldo untuk memberikan detik-detik penting selepas kepulangannya musim ini.

Walaupun Jadon Sancho dan Anthony Elanga telah memberikan beberapa sumbangan penting, namun Ronaldo telah membuktikan bahawa dia adalah pemain utama paling penting.

Sementara itu, Rashford mengalami penurunan prestasi sejak musim lalu lagi. Dia tidak menjaringkan gol sejak Januari dan kemudiannya tersingkir daripada skuad England untuk rehat antarabangsa baru-baru ini.

Tambahan pula, dia sedang bergelut untuk mendapatkan peranan di permulaan / starting XI secara tetap untuk Man Utd.

Sebelum ini Rashford tidak gembira apabila tidak diturunkan dalam aksi Derbi Manchester, sedangkan Cristiano Ronaldo ketika itu tidak dapat bermain.

Malah Rashford dikatakan sedia mempertimbangkan untuk angkat kaki dari United jika keadaan itu berterusan.

Dan semalam, dalam aksi berdepan Leicester, Ronaldo sekali lagi disisihkan kerana sakit. Rashford tetap tidak diturunkan.

Sebaliknya, Fernandes telah memainkan peranan yang lebih di hadapan sebagai False 9, dengan Paul Pogba mengambil peranan biasa dimainkan Fernandes.

Bos sementara United iaitu Ralf Rangnick menggunakan taktik seperti itu di Manchester City dalam kekalahan 4-1 Red Devils di tangan jiran mereka.

Dan dia melakukannya sekali lagi pada hari Sabtu untuk keputusan seri 1-1 dengan Leicester.

Pundit terkemuka Sky Sports, Neville dan Jamie Redknapp mengakui bahawa mereka menyangka Rashford akan berada dalam kesebelasan utama.

“Marcus Rashford mengalami detik paling sukar dalam kariernya ketika ini” kata Neville lagi.

“Untuk tidak berada dalam pasukan Manchester United hari ini adalah menggambarkan sesuatu, itu yang saya perlu katakan.”

“Untuk bermain tanpa penyerang tengah di tempat sendiri menentang Leicester ketika Rashford mempunyai rehat beberapa minggu, ia juga adalah keputusan besar diambil oleh Ralf Rangnick.”

Redknapp setuju dengan komen Neville. Kerana menurutnya Rashford adalah pemain yang memiliki kecergasan yang paling baik kerana rehat panjang.

Redknapp menambah: “Marcus Rashford tidak mempunyai sebarang aksi bola sepak antarabangsa, anda fikir dia akan berlatih dengan baik, menunjukkan bahawa dia mahu bermain.”

Selain itu Redknapp juga tidak nampak Bruno Fernandes sesuai jadi false 9.

“Jika anda melihat pemain tengah – itulah [Fernandes] – pemain No.10 yang bermain sebagai penyerang tengah, ia tidak mudah untuknya hari ini.”

“Saya fikir dia seorang pemain yang hebat, tetapi dia seorang pemain yang lebih baik datang dari lebih bahagian bawah. Dia bukan penyerang keluar-keluar.”

Neville kemudian berhujah bahawa United harus berhenti cuba menyalin tampal blueprint taktikal City.

“Anda lihat Manchester City kadangkala bermain dengan [Phil] Foden atau [Kevin] De Bruyne dalam posisi sembilan jadian itu,” kata Neville.

“Saya rasa Manchester United merasakan itu boleh berfungsi dengan Bruno.”

“Saya tidak begitu pasti Bruno adalah pemain jenis itu, Bruno lebih suka melakukan hantaran. Dia bukan pelari dan saya melihatnya menentang Manchester City di tempat lawan, dia tidak berjaya melakukannya.”

Dengan keputusan seri ini, Man United masih di luar 4 teratas dan semakin sukar dalam persaingan ke Liga Juara Juara Eropah musim depan.

Tetapi Rangnick kekal tenang dengan menyatakan bahawa secara keseluruhannya aksi Man United adalah sangat baik. Keputusan seri adalah keputusan yang baik baik sahaja untuk mereka. Kerana mengambil kira kualiti Leicester.