Neville Persoal Chelsea Beli Cucurella £50 Juta: “Mahal Sangatlah”

Gary Neville mengkritik Chelsea kerana membayar jumlah wang yang terlalu mahal untuk mendapatkan Marc Cucurella dari Brighton.

Chelsea dilaporkan membayar £50 juta dan ditambah bonus £5 juta lagi untuk bek kiri tersebut.

Sebelum ini Man City membida £30 juta untuk pemain tersebut namun ditolak oleh Brighton yang meminta £50 juta. Rundingan terus dihentikan kerana City merasakan harga tersebut terlalu mahal.

Namun City kemudian cuba membuka semula rundingan dengan menawarkan pakej bernilai £40 juta. Brighton tetap berkeras mahukan £50 juta. Lalu Chelsea datang dengan tawaran yang setara dengan yang diminta Brighton.

Tanpa berlengah, Brighton terus menjual pemain itu ke Chelsea. Dia diumumkan sebagai pemain baharu, sehari sebelum sepak mula Chelsea menentang Everton dalam aksi Liga Perdana Inggeris.

Bercakap kepada Sky Sports, Gary Neville menyatakan: “Sangat mengejutkan. Itu adalah perkara yang mengejutkan kita semua hari ini.”

Bagi Neville, dia mempersoalkan apa relevannya Chelsea menandatangani seorang lagi bek kiri pada harga hampir sama. Ini kerana sebelum ini Chelsea mendapatkan Ben Chilwell dari Leicester.

Neville mempersoalkan, adakah Cucurella benar benar bernilai £50 juta?

“Ia adalah satu jumlah wang yang sangat mengejutkan dibayar Chelsea dan mereka sudah pun mendapatkan Ben Chilwell dalam posisi itu.”

“Itu adalah perpindahan besar-besaran yang telah berlaku. Itulah satu [perjanjian musim panas] yang menonjol bagi saya.

“Melihat dia memakai baju Chelsea… adakah dia akan bertambah baik dan mampu membuktikan bahawa dia bernilai sejumlah itu?”

Cucurella sudah pun diberikan debut oleh Tuchel dalam kemenangan 1-0 Chelsea ke atas Everton dalam aksi Liga Perdana Inggeris pada hari pembukaan.

Dalam perkembangan yang lain, Chelsea sedang mempersiapkan pemergian Marcos Alonso yang dikaitkan dengan perpindahan ke Barcelona.

Sekian itu Chelsea masih berusaha untuk mendapatkan Wesley Fofana dari Leicester. Di mana dua tawaran Chelsea masing masing £60 juta dan £70 juta ditolak. Leicester meminta sekurang kurangnya £80 juta untuk pemain itu.

Kerana kelab tersebut mengambil kira mereka pernah menjual Harry Maguire dengan harga £85 juta beberapa tahun yang lalu.

Baca yang lain