Newcastle 0 Liverpool 2: Nunez, Gakpo Skor, Manakala Nick Pope Kad Tangkap Bola Kat Tengah Padang

Liverpool berjaya membawa pulang mata penuh dalam lawatan ke mereka ke markas Newcastle United yang dalam prestasi sangat baik musim ini.

The Reds sebelum ini mencatatkan kemenangan dalam Derbi Merseyside. Dan mencatatkan satu lagi kemenangan dengan skor 2-0 dalam aksi berdepan Newcastle.

Di mana tuan rumah dikurangkan kepada 10 pemain selepas Nick Pope menampan bola dengan tangannya di tengah padang.

Bertempat di stadium keramat, St James’ Park, pasukan pelawat tirai jaringan pada minit kesepuluh menerusi Darwin Nunez.

Ianya berpunca daripada hantaran cantik Trent Alexander Arnold yang dikawal kemas oleh Nunez. pemain antarabangsa Uruguay itu kemudian melakukan rembatan deras menewaskan Pope dalam situasi 1 v 1.

Newcastle sebenarnya memiliki peluang terbaik sebelum itu menerusi Almiron yang berjaya mengatasi perangkat ofsaid. Tetap percubaannya dinafikan Alisson.

Liverpool kemudian menggandakan kelebihan lapan minit kemudian selepas jaringan Nunez itu, kali ini hasil jaringan Cody Gakpo.

Gakpo terpaksa menunggu VAR untuk mengesahkan golnya. Dan ianya kekal.

Newcastle bermain dengan sepuluh pemain selepas Nick Pope menerima kad merah pada minit ke-22. Ini selepas dia menangkap bola di luar kawasan kotak penalti.

Ketika berdepan dengan 10 pemain, Liverpool gagal menambah gol lagi.

Newcastle berpeluang merapatkan jurang pada minit ke-31, tetapi percubaan Joelinton ditepis Alisson.

Penjaga gol gantian Newcastle, Martin Dubravska tampil cemerlang. Antaranya dia melakukan penyelamatan menafikan percubaan Nunez pada minit ke-57.

Newcastle mendapat satu peluang keemasan pada minit ke-82. Percubaan jarak dekat Callum Wilson berjaya diselamatkan oleh Alisson.

Kedudukan 2-0 untuk Liverpool tidak berubah sehingga wisel pemamat dibunyikan.

Liverpool berjaya membawa pulang 3 mata berharga.

Baca yang lain