Newcastle Ada Bukti Man United Cuba Tapping Up Pengarah Sukan Mereka

Dan Ashworth telah menghantar e-mel ke alamat Newcastle United secara tidak sengaja mendedahkan dia sedang kena tapping up / rundingan pintu belakang dengan ketua eksekutif Manchester United yang akan datang, Omar Berrada, yang masih dalam cuti berkebun / gardening leave daripada Manchester City.

Apa itu cuti Gardening Leave?

Menurut Laman Informasi HR: “Garden leave”, bukan lah cuti yang diberikan oleh Majikan kepada pekerja supaya pekerja itu bebas berkebun, sebaliknya ia adalah cuti yang diberikan kepada staff yang telah memberikan notis kepada majikannya untuk berhenti.

Didalam tempoh notis itu, majikan meminta staff tersebut untuk “tidak perlu hadir” bekerja sehinggalah tempoh notis tersebut berakhir.

Cuti ketika tempoh notis itu di panggil “Garden leave”. Antara tujuan mengapa pekerja direhatkan didalam tempoh notis itu adalah kerana :

1) Mengelakkan staff itu mencuri maklumat sebelum beliau meninggalkan Syarikat;
2) Mengelakkan unsur sabotaj dari pekerja terbabit;
3) Mengelakkan staff tersebut dari memindahkan, menyalin atau mendapatkan apa sahaja dokumen, item barangan dan formula sensitif Syarikat.

Istilah ini bermula di Britain dan banyak digunakan di Australia dan New Zealand. Di Malaysia “gardening leave” ini tidak begitu digunakan sangat kerana kebanyakkan pekerja tidak berminat untuk terus kekal dalam tempoh notis, mereka lebih suka menebus tempoh notis itu atau terus cabut pergi secara mengejut.”

Ketika dalam tempoh gardening leaves itu, Ashworth dan Berrarda dilaporkan kantoi sedang membincangkan tentang Man United.

Ia adalah satu kesilapan yang memalukan bagi pihak dua individu yang bakal menstruktur semula Man United bersama dengan pemilik bersama baharu Sir Jim Ratcliffe.

Daily Mail mendedahkan bahawa mereka berdua  berbual pada awal Februari dan Ashworth terus melanjutkan perbincangan itu dengan menghantar e-mel kepada Berrada – yang menggunakan akaun INEOS – menjelaskan dia mahu menerima peluang menjadi pengarah sukan Man United.

Bagaimanapun, Ashworth tersilap menghantar salinan ke alamat e-mel Newcastlenya sendiri, yang secara tak langsung mendedahkan kepada kelab rundingan rahsia dengan Berrada.

Man United, pada ketika ini, tidak memaklumkan kepada Newcastle tentang minat mereka terhadap Ashworth secara rasmi. Walaupun banyak laporan menyatakan bahawa Man United benar benar berminat dengan  Ashworth.

Berrada tidak akan memulakan tugas secara rasmi di Old Trafford sehingga 13 Julai dan dia telah bercuti (gardening leave) dari Man City selama kurang sebulan. Dan kini sudah terpalit dengan skandal cuba tapping up.

Ashworth, kami difahamkan, turut mendedahkan butiran kepada Berrada mengenai perjanjian antara Newcastle dan Brighton yang membawanya ke St James’ Park pada musim panas 2022.

Ini berkemungkinan merupakan pelanggaran kerahsiaan kepada perjanjian antara Newcastle dan Brighton.

Pengarah Sukan berusia 53 tahun itu akhirnya memaklumkan kepada Newcastle tentang hasratnya untuk menyertai Man United pada 18 Februari lalu namun tidak direstui kelab itu.

Man United setakat ini tidak membuat tawaran kepada Newcastle. Ashworth dilaporkan bersedia untuk membawa kelab itu ke timbang tara dalam usaha untuk memaksa perpindahannya.

Ratcliffe juga sengaja menyindir Newcastle bulan lalu apabila dia berkata: “Salah satu masalah terbesar yang kami ada dalam bola sepak ialah kami mendapatkan orang baharu ini untuk menyertai pasukan, mereka benar-benar orang yang berkebolehan, tetapi mereka semua sedang gardening leave pula.

“Jadi ia mengambil masa enam bulan, setahun atau 18 bulan (untuk mereka bermula) Ia adalah isu sebenar dalam bola sepak pada masa ini,” tegas Ratcliffe yang seolah olah menyindir Newcastle sebagai tidak memberikan kebebasan kepada Ashworth untuk memilih haluan kariernya sendiri.

Dia membandingkan Newcastle dengan Man City. Menurutnya Man City ternyata kelab yang memahami kehendak individu tertentu dalam karier mereka.

Pada bulan Februari lalu, Ratcliffe berkata: “Saya fikir ia agak bodoh, secara peribadi. Apa yang saya fikir tidak masuk akal adalah mencadangkan seorang individu yang benar-benar mahir dalam pekerjaannya bercuti selama satu setengah tahun.

“Kami mempunyai perbualan yang sangat matang dengan City tentang Omar Berrada. Apabila perkara selesai, kami menyelesaikannya dengan sangat baik.

“Mereka dapat melihat mengapa dia mahu menyahut cabaran itu. Anda melihat Pep (Guardiola) apabila dia selesai dengan salah seorang pemain bola sepaknya – dia tidak mahu mereka duduk d di rumah mereka selama satu setengah tahun. Dia tidak melakukan itu. Itu bukan cara UK bekerja atau undang-undang berfungsi.”

Newcastle tidak gembira dengan komen Ratcliffe kerana menurut mereka ianya sudah melanggar garis panduan Liga Perdana. Sudah semakin ramai pakar bola sepak Inggeris melabel ketua INEOS itu sebagai tidak memahami cara industri itu berfungsi.

Sebelum ini, dia telah menimbulkan kemarahan pekerja Man United dengan memansuhkan bonus kakitangan sebelum final Piala FA. Dia juga telah melarang staf bekerja dari rumah, yang dianggap menyusahkan sesetengah pihak dalam kelab itu.

Sementara itu, Newcastle telah berdiri teguh menunggu dan hanya mempertimbangkan tawaran yang adil untuk melepaskan Ashworth daripada cutinya.

Mail Sport menghubungi Newcastle tetapi mereka enggan mengulas. Manchester United enggan mengulas. Manchester City enggan mengulas.

Apa yang pasti ketika ini Man United masih tidak boleh dikaitkan dengan Tapping Up ini. Kerana secara teknikalnya, pegawai Man City dan pegawai Newcastle yang sedang berhubung sesama sendiri bercakap tentang Manchester United.