Manchester United sekali lagi dihampakan oleh Newcastle. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Newcastle seringkali menjadi lawan yang sukar untuk United.
Berlangsung di OId Trafford, Manchester United harus menyalahkan diri mereka sendiri kerana terlalu tumpul dan tidak cukup kreativiti di hadapan gol.
Cristiano Ronaldo kembali ke dalam kesebelasan utama selepas menjaringkan gol karier kelab ke-700 sebelum ini.
Namun di Old Trafford, Ronaldo dan Manchester United bergelut mencipta peluang gol.
Marcus Rashford melakukan tandukan jarak dekat yang melebar pada masa kecederaan ketika Manchester United diikat oleh Newcastle United.
Ia adalah percubaan terakhir dalam perlawana ini. Rashford menerima hantara Casemiro yang cantik.
Poor refereeing decisions, but that's not enough reason why Manchester United couldn't create any good chances against Newcastle at Old Trafford, and how did Rashford miss this BIG chance at the end? pic.twitter.com/7o9HON679d
— UtdFaithfuls (@UtdFaithfuls) October 16, 2022
Walaupun hanya menang sekali di Old Trafford sejak 1972, Newcastle memiliki peluang terbaik menerusi tandukan Joelinton pada separuh masa pertama terkena palang, pemain Brazil itu gagal menanduk masuk ke gawang kosong.
Kekecewaan tuan rumah disimpulkan oleh Cristiano Ronaldo.
Penyerang Portugal itu, yang melakukan dua percubaan masuk pada separuh masa kedua tidak dibenarkan. Dia kemudian menggelengkan kepalanya kerana tidak begitu gembira apabila dia digantikan oleh Rashford 18 minit sebelum tamat.
Fred turut memiliki peluang keemasan ketika Rashford menghantar bola kepadanya. Namun dia tak cukup tajam untuk menyudahkan bola dalam tekanan daripada lawan.
Rashford sudah berjaya menggelecek Nick Pope sebelum melorongkan bola rendah kepada Fred.
Aksi berakhir dengan 0-0. Newcastle pastinya merasakan ia adalah 1 mata dibawa balik berbanding United yang merasakan 2 mata dilepaskan.
Manchester United ternyata merindui kreativiti dan kepintaran Christian Eriksen di tengah padang. Pemain antarabangsa Denmark itu terpaksa disisihkan kerana sakit.