Newcastle menyedari bahawa terdapat minat yang kuat daripada beberapa kelab besar di Eropah untuk mendapatkan Alexander Isak. Dan Magpies akhirnya tampil dengan meletakkan tanda harga untuk penyerang itu.
Isak terus cemerlang bersama dengan Newcastle. Ramai yang menganggap pemain itu berhak untuk bermain di kelab elit Eropah yang bermain di UCL.
Antara kelab yang berminat dengan Isak adalah Arsenal. Di mana Mikel Arteta dilaporkan peminat kepada gaya permainan Isak.
Isak sudah menjaringkan 42 gol untuk Newcastle dalam 68 penampilan EPL. Arsenal tahu harga Isak sangat mahal, dan sukar untuk mereka membeli pemain itu pada harga tinggi kerana kelab itu masih perlu menjaga akaun FFP mereka.
Musim lalu, Newcastle menutup pintu rundingan dengan mana mana kelab yang mahukan Isak. Kerana menurut mereka, pemain itu bukan untuk dijual.
Tetapi pada masa yang sama, Newcastle masih bergelut untuk meyakinkan Isak untuk menandatangani kontrak baharu. Newcastle masih berusaha untuk memastikan pemain itu kekal lebih lama – walaupun kontrak pemain itu di Newcastle masih berbaki lebih 3 tahun.
Dan kini, Newcastle membuat persiapan awal, jika pemain itu mahu meninggalkan kelab itu pada jendela perpindahan seterusnya. Newcastle menilai harga Isak lebih £150 juta.
Ini kerana pemain itu masih berusia 25 tahun dan ada baki kontrak 3 tahun setengah lagi di kelab itu. Tanda harga itu tak akan dikurangkan kerana sebelum ini mereka melihat PSG membayar £198 juta / €222 juta untuk membeli Neymar dari Barcelona, yang kekal menjadi rekod dunia pada masa ini.
Is Alexander Isak worth £150 million? 🤑
📻 https://t.co/zZVowhNahR#BBCFootball #NUFC @LukeEdwardsTele pic.twitter.com/JM7OHs7fHR
— BBC 5 Live Sport (@5liveSport) December 30, 2024
Selain daripada Arsenal, kelab Perancis, PSG turut memantau perkembangan Isak. Real Madrid dan Barcelona juga berbuat demikian.
Malah Telegraph melaporkan, jika Liverpool gagal mencapai kesepakatan dengan Mohamed Salah, nama Isak antara calon untuk menjadi pengganti pemain itu.
Newcastle kekal tenang dengan situasi melibatkan Isak. Dan yakin pemain itu gembira berada di Newcastle. Menepis dakwaan bahawa Isak sudah merancang mahu meninggalkan kelab itu dalam masa terdekat.
Kelab Tyneside itu sebelum ini membuat revolusi pada era pemilikan Saudi. Namun malangnya peraturan ketat PSR di England membuatkan mereka tidak dapat berbelanja sesuka hati sebagaimana Man City dan Chelsea pada satu ketika dahulu.
Kegagalan Newcastle ke UCL musim ini memburukkan lagi keadaan itu. Dan kelab itu sendiri harus mengawal kos operasi dan perbelanjaan mereka.
Newcastle membeli Isak dari Real Sociedad dengan harga £63 juta pada musim panas 2022.
Eddie Howe tidak mahu memberikan komen tentang situasi Isak. Kerana yakin pemain itu kekal fokus kepada Newcastle pada masa ini.