Newcastle Mahu Gantikan Howe Dengan Nagelsmann

Newcastle United dilaporkan sedia untuk mendapatkan Julian Nagelsmann untuk menggantikan Eddie Howe.

Masa depan Howe di Newcastle kini tidak menentu selepas gagal untuk mengulangi pencapaian cemerlangnya musim lalu.

Faktor utama pengurusan tertinggi mempertimbangkan untuk menggantikannya adalah kerana prestasi teruk Newcastle di UCL musim ini.

Newcastle menamatkan saingan peringkat kumpulan di tangga tercorot dalam kumpulan F yang turut dihuni PSG, Borussia Dortmund dan AC Milan.

Julian Nagelsmann memiliki rekod luar biasa bersama Bayern di UCL sebelum dia. Namun dia digantikan dengan Tuchel secara mengejut.

BILD melaporkan Newcastle mahu bercita cita besar membawa pengurus yang dianggap nama besar dalam dunia bola sepak itu.

Nagelsmann ada kontrak jangka pendek dengan Jerman sehingga aksi Euro 2024. Dia boleh meninggalkan Jerman selepas itu jika tidak ada kesepakatan kontrak baharu dicapai.

Dia dinggap calon terbaik untuk menggantikan Eddie Howe yang terus mendapat tekanan. Pasukannya bergelut untuk mengatasi cabaran Blackburn Rovers dalam saingan Piala FA baru baru ini. Menang menerusi penentuan penalti.

Howe sudah melanjutkan kontrak jangka panjang pada Ogos 2022.

Newcastle sedar bahawa untuk mendapatkan Nagelsmann bukan perkara yang mudah. Kerana dia juga menjadi perhatian banyak kelab besar lain.

Namun mereka berharap ejen kepada Nagelsmann dapat membantu mereka. Kerana ejennya sama dengan ejen pemain Newcastle sendiri iaitu Fabian Scharr.

Baca yang lain