Newcastle United dilaporkan sedia untuk membeli Eden Hazard dari Real Madrid.
Pasukan yang baru sahaja mendapat pemilik baharu itu dilaporkan sedia untuk terus berbebelanja pada Januari hadapan.
El Chiringuito di Sepanyol menyatakan bahawa Newcastle berminat mendapatkan Hazard selepas pemain itu disenaraikan untuk dijual pada harga yang betul oleh Real Madrid.
Prestasi cemerlang pemain seperti Vinicius Jr pada ketika ini membuatkan kedudukan Hazard dalam pasukan utama terus samar.
Real Madrid masih gagal mendapatkan prestasi terbaik daripada Hazard sejak membeli pemain itu dengan nilai mencecah €140 juta.
Di mana pemain itu bergelut dengan prestasi dan juga masalah kecergasan yang berterusan.
Newcastle kini masih belum melantik pengurus baharu menggantikan Steve Bruce yang sudah dipecat.
🏴🚨| Newcastle are plotting a move for Real Madrid attacker Eden Hazard.
Via: @elchiringuitotv #NUFC #RealMadrid #Hazard pic.twitter.com/IDtqxP5FQN
— Football Around (@FootballAround0) October 26, 2021
Newcastle menawarkan Hazard peluang untuk bangkit semula dalam kariernya dalam persekitaran Liga Perdana Inggeris yang sebelum ini menjadi liga beliau menjadi bintang.
Selain daripada Hazard, Newcastle turut dikaitkan dengan bintang Feyenoord Rotterdam, Luis Sinisterra.
Menurut TEAMtalk pemain antarabangsa Colombia, Sinisterra antara nama yang sangat serius dipertimbangkan oleh Newcastle.
Pemain berusia 22 tahun itu membuat 17 penampilan untuk kelabnya dalam semua pertandingan musim ini. Menjaringkan 9 gol dan enam assist.
Menurut valuasi, pemain muda itu kini berada pada tanda harga £9.9 juta. Namun kelabnya, mahukan sekurang kurangnya €20 juta.
Ini mengambil kira potensi besar yang dimiliki oleh pemain tersebut.
Sebagai tambahan, Newcastle dilaporkan telah dibenarkan untuk berbelanja sehingga £200 juta pada Januari akan datang kerana status akaun FFP mereka yang sangat baik.
Namun kini Newcastle berdepan dengan tekanan untuk membawa masuk penaja baharu yang berkaitan dengan pemilik kelab.
Ianya selepas 18 pasukan lain di EPL menentang tajaan yang ada kaitan dengan PIF.
Larangan tersebut berkuat kuasa selama sebulan sehingga satu dasar berkaitan dengan tajaan baharu akan diwartakan.