Newcastle Mahu Shaqiri Selepas Sah Kaya Nanti

Dominic King dari Daily Mail melaporkan bahawa bintang Liverpool, Xherdan Shaqiri berada dalam radar Newcastle.

Kelab tersebut berminat untuk membawa masuk Shaqiri selepas selesai urusan pengambilalihan mereka kelak. Di mana ketika itu Newcastle lagi kaya daripada banyak kelab di dunia ini.

Pihak bakal pemilik Newcastle sudah menghubungi ejen kepada Xherdan Shaqiri. Dan Liverpool tidak akan menghalang pemain berusia 28 tahun itu untuk bercakap dengan Newcastle.

Shaqiri sukar menjadi pemain regular dalam pasukan Liverpool sejak menyertai The Reds dari Stoke City pada musim panas 2018.

Ini kerana prestasi luar bisa trio serangan Liverpool iaitu Sadio Mane, Mo Salah dan Roberto Firmino.

Namun Shaqiri telah menjadi squad depth player yang sangat bagus. Beliau menjadi nadi penting kebangkitan The Reds dalam aksi separuh akhir UCL berdepan Barcelona dengan menyumbang assist penting.

Shaqiri tidak menolak kemungkinan akan meninggalkan Liverpool pada akhir musim ini.

Newcastle berharap akan dapat menarik perhatian pemain antarabangsa Switzerland itu dengan projek baharu mereka.

Newcastle bakal menjadi salah sebuah kelab terkaya di planet jika pemilikan Saudi berjaya dimuktamadkan.

Di mana pemilikan itu akan dibiayaai dengan Dana Pelaburan Awam Arab Saudi.

Pertukaran pemilikan itu melibatkan harga £300 juta dari Mike Ashley.

Pemergian Xherdan Shaqiri pastinya memerlukan Liverpool menandatangani pemain depth player yang mampu menggantikan beliau.

Newcastle bukan bernafsu mahukan Shaqiri sahaja. Malah mereka juga memburu ramai bintang lain apabila mereka sah menjadi kaya nanti.