Newcastle Minta Penyokong Hentikan Pakai Jubah Dan Serban Arab Kerana Culture Appropriation

Newcastle United diambil alih oleh PIF yang kaya raya. Ianya adalah konsortium dana berdaulat Arab Saudi yang berbentuk pelaburan di seluruh dunia.

Oleh kerana teruja meraikan kejayaan menyingkirkan Mike Ashley dan juga kejayaan memiliki pemilik kelab yang paling kaya di dunia, para peminat Newcastle ramai telah memakai serban dan juga jubah tradisional Arab serta Timur Tengah.

Perkara itu menimbulkan perasaan kurang senang daripada orang Arab Saudi dan media Arab.

Lalu Newcastle mengeluarkan kenyataan menegah perbuatan yang dikatakan berbaur culture appropriation ataupun menyailang budaya orang lain untuk kepentingan sendiri.

Selalunya Cultural appropriation dilakukan oleh kelompok  kaum majoriti, yang menggunakan satu kebudayaan kaum lain untuk dijadikan bahan jenaka dan kepentingan sendiri tanpa ada hala tuju yang positif.

Newcastle United dalam kenyataan rasminya berkata:

Newcastle United dengan hormatnya meminta penyokong berhenti untuk memakai pakaian tradisional Arab atau serban Timur Tengah pada hari perlawanan, jika ianya bukan pakaian yang selalu dipakai oleh kamu.

Sekelompok penyokong baru baru ini hadir ke St. James’ Park memakai serban dan dan jubah, menandahkan bahawa era pengambilalihan oleh Public Investment Fund (PIF), PCP Capital Partners and RB Sports & Media – yang menjadi pemilik baharu Newcastle.

Tidak seorang pun daripada pihak pemilik baharu yang tersinggung daripada cara berpakaian oleh penyokong untuk meraikan dengan cara tersebut. Ianya satu tindakan yang positif dan mengalu alukan kedatangan mereka.

Namun terdapat kemungkinan bahawa, berpakaian sebegini akan membawa kepada penghinaan budaya, dan boleh menyinggung perasaan orang lain. Kesemua penyokong yang hadir ke stadium digalakkan untuk memakai pakaian, bebas mengikut budaya, norma hidup, agama sebagai tanda meraikan komuniti yang kaya dengan perbezaan budaya yang kelab akan sokong kesemuanya dengan rasa bangga.

Pengambilalihan Newcastle dikatakan menelan kos sekitar GBP300 juta. Dan kini kelab tersebut sudah bersedia untuk berbelanja besar dalam revolusi baharu.

Newcastle juga mengumumkan bahawa Steve Bruce sudah tidak lagi menjadi pengurus dan pencarian pengurus baharu baru sahaja bermula.

Semalam 18 daripada kelab EPL mengundi untuk menangguhkan dahulu kesemua tajaan yang berkaitan dengan PIF daripada masuk ke Newcastle. Penangguhan itu dibuat sehingga satu dasar baharu digubal.

Hanya Newcastle mengundi menentang dasar tersebut. Manakala Man City mengambil pendirian berkecuali.