Newcastle Putus Asa! Lingard Kecewa Sikap Manchester United

Newcastle dikatakan sudah berputus asa untuk mendapatkan Jesse Lingard selepas Manchester United menunjukkan sikap acuh tak acuh dalam perbincangan dengan mereka.

Bukan itu sahaja, Lingard sendiri dikatakan bengang dengan keadaan tersebut. Kerana Lingard benar benar mahu pergi mencari minit perlawanan pada baki musim ini. Lingard mahu pergi serta merta dalam jendela perpindahan kali ini.

Lingard musim ini bermain kurang 100 minit dalam EPL. Berpotensi terlepas penerbangan ke Qatar 2022.

Manchester United sebelum ini sudah menyatakan, selain daripada Martial, mereka akan keberatan untuk melepaskan pemain lain. Ralf Rangnick mengambil kira jadual padat dan situasi pandemik yang membuatkan beberapa isu di luar kawalan akan berlaku.

Antara pemain yang sudah diberitahu tidak akan dilepaskan kelab adalah Edinson Cavani.

Namun Jesse Lingard sebelum ini sudah menegaskan bahawa dia mahu berpindah pada Januari ini. Lingard merupakan salah seorang pemain daripada kira kira 11 pemain sebelum ini yang sudah memberitahu Rangnick bahawa mereka mahu berpindah atau terbuka mendengar tawarand daripada kelab lain.

Lingard malah dilaporkan sangat berminat dengan tawaran daripada Newcastle. Malangnya, Man United telah membuatkan rundingan menjadi sangat tidak progresif.

Lingard akan menjadi ejen bebas pada akhir musim ini. Sebelum ini Lingard menolak untuk ke West Ham selepas Ole Gunnar Solskjaer berjanji akan memberikannya minit perlawanan lebih banyak. Ianya berikutan prestasi cemerlangnya bersama dengan West Ham.

Malang sekali Ole Gunnar Solskjaer gagal mendapatkan yang terbaik daripada Lingard seperti yang dilakukan David Moyes musim lalu.

Kehadiran Ralf Rangnick membuatkan Lingard merasakan bahawa peluagnya sudah tertutup rapat untuk menjadi pilihan kedua sekalipun.

Pemain muda seperti Elanga malah dilihat lebih cerah harapannya untuk bermain berbanding Lingard yang menjadi cameo dalam dua perlawanan sahaja.

Newcastle sangat terdesak mahu menandatangani pemain di barisan serangan dan sedia membayar yuran pinjaman yang tinggi untuk mendapatkan Lingard. Tetapi Man United membuatkan situasi menjadi rumit.

The Telegraph melaporkan bahawa dia merasakan dirinya tidak dihormati di United kerana perkara itu selepas berkhidmat untuk kelab lebih 2 dekad bermula dari akademi lagi.

Man United sebelum ini sudah memberitahu Lingard bahawa mereka tidak akan mempertimbangkan tawaran daripada kelab seperti Spurs dan West Ham yang turut berminat dengannya. Ini kerana dua kelab tersebut adalah pesaing secara langsung kepada slot 4 teratas untuk musim ini.

Jadi, kehadiran Newcastle dianggap Lingard sebagai peluang terbaiknya. Kerana kelab itu berada di zon penyingkiran. Malang sekali Man United tidak menunjukkan sikap mereka benar benar mahu berunding dan lebih rela melihat Lingard terus kesedihan di bangku simpanan untuk baki musim ini.

Sebenarnya sangat mudah untuk United memterai perjanjian ini kerana kedua dua pasukan sedang berada di negara Arab.

Newcastle menawarkan £6 juta untuk yuran pinjaman Lingard dan sedia membayar gaji pemain itu sepenuhnya untuk baki musim ini.

Ejen kepada Lingard mengesyaki kelab bersikap begitu dengan Lingard sebagai hukuman kepada pemain itu yang menolak kontrak baharu dengan mereka. Yang bermakna United tidak dapat meraih keuntungan daripada penjualan pemain itu.

Rangnick sendiri mengakui dia sedar ada beberapa pemain tidak gembira dan mahu keluar dari skuad mereka yang sangat besar. Namun dari pihaknya, Rangnick tidak mahu melepaskan mereka dengan mudah.

Sky Sports melaporkan bahawa rundingan Newcastle dan Manchester United untuk Lingard sudah berakhir. Di mana kelab Tyneside itu kini memfokuskan untuk mendapatkan Diego Carlos dari Sevilla sebelum jendela perpindahan ditutup.

Newcastle sangat terdesak mahu terus kekal di EPL kerana tidak mahu melihat kelab terkaya di dunia bermain di Liga Kejuaraan.

Baca yang lain