Darwin Nunez terus menjadi prospek panas dalam arena bola sepak di Eropah. Penyerang tersebut sebelum ini dikaitkan dengan beberapa kelab besar termasuk Manchester United, Chelsea, Barcelona dan Arsenal.
Aksi cemerlang Nunez ketika dua aksi timbal balik menentang Liverpool ketika aksi suku akhir Liga Juara Juara Eropah baru baru ini menaikkan lagi namanya di mata kelab kelab Eropah lain.
Terbaru Newcastle United dilaporkan berminat untuk mendapatkan Darwin Nunez dengan harga £60 juta.
Calcio Mercato juga melaporkan bahawa PSG turut berminat untuk bersaing mendapatkan tandatangan Darwin dengan menawarkan bola sepak UCL kepada pemain itu dan peluang beraksi bersama mega bintang yang lain.
Newcastle, Arsenal and Manchester United have all been reportedly linked with a £60m move 💰
— Sky Sports Premier League (@SkySportsPL) April 14, 2022
Nunez menjaringkan 6 gol dalam kempen UCL pada musim ini. Beliau baru berusia 22 tahun dilihat sebagai penyerang lengkap dan lincah.
Apa yang pasti Benfica dikatakan sudah bersedia untuk melepaskan pemain itu. Kerana sedar bahawa pemain tersebut terlalu banyak pilihan untuk mencari gaji lebih besar ataupun peluang beraksi di liga atau lebih besar.
Newcastle sebelum ini mendapatkan Chris Wood. Lebih kepada perancangan jangka pendek untuk mereka menghadapi musim ini. Newcastle merupakan kelab dengan pemilik terkaya di dunia pada ketika ini.
Mereka akan cuba mendapatkan beberapa pemain bintang pada jendela perpindahan akan datang. Dengan prestasi semasa mereka, Newcastle dilihat semakin pasti akan kekal di EPL.
Ketika artikel ini ditulis, Newcastle berada 10 mata di atas zon penyingkiran.
Namun begitu, seperti yang dinyatakan di atas, Nunez merupakan prospek panas. Bukan PSG sahaja pesaing Newcastle kerana kelab seperti Manchester United, Arsenal atau Barcelona juga berminat untuk menguatkan barisan serangan mereka dengan Nunez.
Manchester United malah menghantar pemantau bakat mereka bagi melihat dan menilai prestasi Nunez dalam dua perlawanan menentang Liverpool baru baru ini.
Transfer Talk: Newcastle ahead of Man Utd, Arsenal for Benfica's Nunez https://t.co/O6APJKXEPW #espn #sports pic.twitter.com/XGggLz1H6C
— Brandon Thompson (@brandonpromo) April 15, 2022
Walaubagaimanapun kelab Manchester itu masih menunggu siapakah pengurus baharu mereka musim hadapan sebelum melakukan langkah seterusnya.
Arsenal pula sangat terdesak mahukan no.9 berkualiti. Ini selepas mereka kehilangan Pierre Emerick Aubameyang. Seterusnya Alexandre Lacazette dijangka akan meninggalkan pasukan itu pada akhir musim ini.
Jika Lacazette kekal sekalipun beliau bukan penyerang 20-30 gol semusim. Sebelum ini Arsenal terlepas peluang mendapatkan Dusan Vlahovic yang memilih untuk menyertai Juventus.
Barcelona pula mahukan Nunez kerana usia pemain itu yang masih muda. Ianya penting untuk projek masa hadapan kelab di bawah Xavi Hernandez.