Newcastle sedia menjual Anthony Gordon ke Liverpool. Ini sebagai usaha mereka untuk mengimbangi akaun FFP mereka. Newcastle cuba untuk beroperasi di bawah garis peraturan PSR.
Tetapi ketika ini rundingan antara Liverpool dan Newcastle tergendala. Kerana Newcastle meminta Jarell Quansah disertakan dalam rundingan tersebut. Quansah menjadi pemain yang dianggap menepati kehendak Eddie Howe.
Liverpool tidak mahu kehilangan prospek kelab yang dianggap masa depan untuk pasukan itu. Quansah berjaya memecah masuk ke dalam pasukan utama dan beraksi cemerlang musim lalu.
Newcastle berusaha menjual pemain seperti Gordon sebelum 30 Jun untuk membolehkan akaun PSR mereka kekal di landasan yang tepat. Terutama sekali selepas mereka gagal layak ke eropah untuk musim akan datang.
Sebagai gantinya, Newcastle akan cuba mendapatkan pemain seperti Anthony Elanga atau Elliot Anderson jika mereka menjual pemain antarabangsa England.
Forest sama seperti Newcastle perlu menjual pemain mereka. Dengan nama Elanga disenaraikan untuk dijual pada kali ini. Mereka menjangkakan hasil jualan sekitar £20 juta daripada pemain itu,
Tetapi sebelum itu mereka harus melepaskan Anthony Gordon terlebih dahulu.
Liverpool dilaporkan menawarkan tawaran yang sangat baik untuk Gordon. Namun rundingan ketika ini terhenti akibat daripada permintaan Newcastle yang mahukan Quansah.
Liverpool tidak terlalu terdesak untuk mendapatkan Gordon memandangkan mereka masih ada pemain yang bagus di posisi pemain itu.