Newcastle United kecewa kerana mereka diarahkan untuk menjual beberapa pemain bintang mereka sebagai langkah terbaik untuk memastikan mereka tidak sangkut FFP.
Walaupun kelab itu memiliki pemilik terkaya di dunia. Namun mereka masih tertakluk kepada peraturan melibatkan keuntungan dan kelestarian Liga Perdana Inggeris.
Pemilik kelab tidak dibenarkan sewenang wenang menyuntik dana peribadi mereka ke dalam kelab.
Jika tidak pastinya Newcastle memiliki had akaun FFP yang sangat tinggi.
Newcastle yang baru kembali ke UCL musim ini, telah kandas di peringkat kumpulan. Ia menghalang mereka untuk mendapatkan lebih banyak bonus daripada pertandingan eropah.
Jadi Newcastle sedia menjual bintang besar mereka. Ini termasuk Alexander Isak, Sven Botman dan Bruno Guimaraes yang sangat tinggi nilai di pasaran perpindahan.
Jika ada bidaan yang bagus untuk nama nama tersebut, kelab akan sedia menjual mereka sebagai langkah mahu memastikan kelab tidak melanggar peraturan FFP.
Sebelum ini Newcastle sudah cuba untuk menjual atau meminjamkan pemain pemain mereka ke kelab Arab Saudi.
Newcastle di bawah PIF dan 4 kelab besaru Saudi juga di bawah PIF. Ramai membantah langkah itu yang dianggap tidak telus.
Tetapi EPL baru baru ini mengesahkan bahawa Newcastle tidak boleh dilarang untuk berbuat begitu. Dan mereka dibenarkan untuk berurusan dengan kelab kelab di Saudi.