Neymar Anggap England Calon Juara Piala Dunia Kerana Ada Harry Kane Dan Jadon Sancho

Neymar meramalkan bahawa England boleh menjadi juara dunia dalam edisi Piala Dunia 2022.

Pemain antarabangsa itu kemudian menamakan 2 bintang yang dia kagumi dalam pasukan Three Lions.

Malangnya, salah satu daripada nama itu sebenarnya telah disisihkan oleh Gareth Southgate dan tertinggal di England pada kali ini iaitu Jadon Sancho.

Bercakap kepada media tentang pasukan pilihannya untuk menjadi calon juara kali ini, Neymar berkata:

“Saya terlupa tentang England. Namun jelas sekali mereka berpeluang untuk menjuarainya [Piala Dunia 2022].”

“Saya sangat meminati Harry Kane dan Jadon Sancho. Dua pemain yang luar biasa dan saya ada minat yang istimewa ke atas mereka. Keran saya sangat suka dengan pemain berkualiti seperti mereka.”

Harry Kane menjadi ketua pasukan England sekali lagi dalam misi membawa pulang bola sepak ke negara mereka.

Kane yang merupakan pemain Spurs, masih belum pernah memenangi sebarang trofi major dalam kariernya, baik di peringkat kelab ataupun peringkat antarabangsa.

Jika berjaya menapau pulang Piala Dunia 2022, ianya pasti akan menjadi sejarah luar biasa untuk kariernya.

Sementara itu, Jadon Sancho yang kini bermain untuk Manchester United telah disisihkan oleh Gareth Southgate.

Dia bermula dengan sukar di Old Trafford namun perlahan lahan berjaya mendapatkan rentaknya. Tetapi itu ternyata masih belum cukup di mata Southgate.

Ramai yang menyatakan bahawa Neymar pasti akan terkejut kalau dia tahu sebenarnya Sancho tiada dalam pasukan yang terbang ke Qatar kali ini.

Brazil menjadi antara calon terkuat untuk memenangi Piala Dunia 2022,

Neymar pastinya akan menjadi bintang utama skuad Samba itu pada kali ini.

Neymar sebelum ini pernah menyatakan bahawa ini adalah Piala Dunia terakhir untuknya beraksi bersama dengan Selecao.

Baca yang lain

Bayern Munich Mahu Unai Emery

Pengurus Aston Villa, Unai Emery kini berada dalam radar Bayern Munich. Bekas pengendali PSG dan pemenang beberapa trofi UEL itu menunjukkan hasil