Neymar Bagi Jari Tengah Kepada Haters Yang Tuduh Dia Gemuk

Neymar telah mengecam pihak yang menuduh dia sudah gemuk menerusi satu video yang mencarut.

Baru baru ini tular gambar dan video Neymar yang menghadiri majlis harijadi legenda Brazil iaitu Romario.

Di mana Ney dilihat dalam keadaan lebih berat badan. Ramai mengecamnya kerana kegemukan. Neymar kini masih dalam tempoh pemulihan daripada kecederaan.

Dia tak terlibat dalam aksi kelabnya, Al Hilal juga telah mengeluarkan sementara namanya daripada daftar pemain untuk membolehkan mereka mendaftarkan pemain baharu.

Kini peminat mempersoalkan profesionalisme Neymar sepanjang proses pemulihannya. Kenapa dia gemuk? Kenapa dia tak jaga makan?

Menyedari komen dan post yang berlegar tentang dirinya di media sosial. Neymar telah bercakap sambil memegang kamera: “Kau nak cakap aku terlebih berat badan [overweight] itu ok [aku terima].

“Tapi nak cakap aku gemuk, itu aku tak rasa macam tu, nak kau isaplah la haters semua.”

Neymar mengalami kecederaan beberapa bulan lalu ketika tugasan antarabangsa. Dia benar benar mahu kembali semula beraksi.

Neymar seringkali menjadi subjek kritikan kerana prestasinya yang dianggap tidak mencapai standard yang diharapkan.

Pernah dicanang bakal menjadi pesaing utama kepada Messi atau Ronaldo, namun Neymar masih gagal melakukannya. Messi sudah ada 8 Ballon d’Or manakala Ronaldo sudah ada 5 Ballon d’Or. Neymar tak ada satu pun Ballon d’Or dalam kariernya.

Malah presiden Brazil turut mengecam Neymar sebagai salah satu kekecewaan untuk negaranya kerana dia gagal menjadi seperti Messi yang berjaya mengetuai negaranya untuk menjulang Piala Dunia.

Neymar sebelum ini menyertai Al Hilal dari PSG. Selepas kelab itu setuju menjual Neymar dengan nilai €90 juta. Neymar memegang status sebagai perpindahan termahal ke Arab Saudi.

Dan pada masa sama masih memenang rekod perpindahan termahal dalam sejarah bola sepak dengan perpindahan €212 juta ketika menyertai PSG dari Barcelona. Di mana perpindahan itu menjadi sangat kontroversi apabila PSG mengaktifkan klausa pelepasan Neymar pada minggu minggu akhir perpindahan.

Barcelona yang ketika itu menganggap mustahil ada kelab boleh membayar angka €212 juta itu telah silap perkiraan. Ia membawa kepada peningkatan nilai klausa pelepasan pada kontrak pemain. Di mana kelab Barca dan Real meletakkan beberapa pemain mereka dengan klausa pelepasan €1 billion.

Perpindahan Neymar ke PSG juga dianggap memberikan impak besar kepada inflasi pada harga pemain. Sehingga harga €100 juta untuk seorang pemain dianggap benda biasa.

Baca yang lain

Sancho Tak Mahu Pulang Ke United

Koresponden Patrick Berger mendedahkan bahawa Jadon Sancho sudah tak ada hati untuk bermain untuk Manchester United lagi. Pemain itu tidak mahu kembali

Ralf Ragnick Rasmi Tolak Bayern Munich

Ralf Rangnick secara rasminya menolak tawaran untuk menjadi pengurus Bayern Munich. Nama Poknik sebelum ini mulai dikaitkan dengan Bayern setelah kelab itu