Neymar Berunding Dengan Al Hilal, Beberapa Hari Selepas Ayahnya Tuduh Media Buat Laporan Palsu

Beberapa hari lalu, ayah Neymar yang  merupakan pengurus peribadi lantikan diri sendiri telah membidas L’Equipe sebagai media penipu.

Dan melabel mereka sebaga L’Efake selepas laporan mengaitkan Neymar mahu meninggalkan PSG untuk ke Arab Saudi.

Menurut ayah Neymar anaknya akan kekal di PSG dan tidak bercadang untuk meninggalkan kelab itu.

Bercanggah dengan laporan L’Equipe yang menyatakan Neymar sebenarnya tertarik dengan tawaran dari Arab Saudi untuknya dan mahu meninggalkan PSG.

Kini Fabrizio Romano telah mendedahkan bahawa Neymar yang diwakili ayahnya sudah pun berunding dengan Al Hilal. Bermakna mereka sudah memberitahu PSG bahawa mereka berminat dengan tawaran tersebut.

Tawaran dari Al Hilal itu dikatakan sangat besar untuk ditolak Neymar. Sebelum ini kelab itu membida Kylian Mbappe namun tidak dilayan pemain itu.

Kemudian mereka mengalihkan perhatian kepada pemain yang tidak dimahukan oleh peminat PSG sepanjang musim lalu iaitu Neymar.

Neymar dijangka akan meninggalkan PSG selepas segala rundingan diselesaikan.

Neymar bakal menerima €100 juta semusim jika mempersetujui tawaran Al Hilal itu menuru Santi Aouna.

Neymar sebelum ini dikaitkan dengan perpindahan pulang ke Barca. Namun situasi ekonomi Barca tidak mengizinkannya. Ditambah dengan Xavi dikatakan tidak pernah menyenaraikan nama Neymar sebagai salah seorang daripada sasarannya.

Neymar juga dikaitkan dengan Chelsea. Namun tidak ada perkembangan yang lebih konkrit di sebalik laporan tersebut.

PSG pernah cuba menjual Neymar sebelum ini namun dihalang oleh harga terlalu tinggi dimahukan kelab itu dan juga gaji pemain itu yang sangat tinggi.

Ini ditambah dengan pendirian Neymar sendiri yang hanya mahu berpindah ke Barcelona atau kekal sahaja dengan PSG yang pada masa itu sudah mendapatkan rakan baiknya, Lionel Messi.

Baca yang lain

Ralf Ragnick Rasmi Tolak Bayern Munich

Ralf Rangnick secara rasminya menolak tawaran untuk menjadi pengurus Bayern Munich. Nama Poknik sebelum ini mulai dikaitkan dengan Bayern setelah kelab itu