Neymar Dapat 3 Kereta Mewah, 1 Jet Peribadi, Boleh Klaim Makan Minum Serta Hotel Semasa Bercuti

Neymar rasmi menyertai Al Hilal dalam perjanjian yang dikatakan berharga sekitar €90 juta diterima PSG daripada perpindahan ini.

Pemain itu sudah menandatangani kontrak rasmi dengan Al Hilal. Dan pengumuman rasmi di media sosial kelab sudah pun dibuat.

PSG mengucapkan selamat tinggal buat Neymar yang mereka anggap sebagai legenda PSG.

Beberapa minggu lalu, Neymar bercakap dengan pengurusan tertinggi PSG bahaa dia berminat menerima tawaran dari Al Hilal.

PSG yang ketika itu berusaha menjual Mbappe ke Al Hilal telah memutuskan untuk setuju dengan bidaan daripada Al Hilal untuk Neymar.

Neymar dilaporkan akan menerima gaji sangat lumayan serta pakej bonus tidak masuk akal di Arab Saudi.

Neymar mendapat €160 juta gaji tetap setahun selepas cukai. Kemudian Neymar akan diberikan rumah kediaman yang mewah dengan 25 bilik tidur.

Turut dilengkapi dengan kolam renang 40 x 10 meter yang turut ada 3 sauna.

Selain itu, Neymar juga dibekalkan dengan 5 orang staf sepenuh masa yang akan menguruskan rumahnya. Mereka ini digelar pengurus kediaman Neymar yang profesional.

Pemain Brazil itu juga dihadiahkan sebuah Bentley Continental GT, sebuah Aston Martin DBX dan Lamborghini Huracan yang dipercayai hadiah daripada manusia terkaya di Arab Saudi iaitu Putera Al-Waleed bin Talal. Di mana beliau merupakan peminat fanatik Al Hilal.

Dalam sesi facetime bersama Neymar, Putera Al Waleed sempat mengingatkan Neymar bahawa dia bermain untuk kelab terbaik di Asia.

Mana tidaknya, Al Hilal merupakan juara 4 kali Liga Juara Juara Asia, terbanyak dalam sejarah pertandingan.

Dan menjadi kelab paling berjaya di Arab Saudi setakat ini dengan 66 trofi buat masa ini.

Untuk menjaga keselamatannya, Neymar akan dibekalkan dengan pemandu peribadi selama 24 jam.

Lebih lanjut lagi, kesemua bil restauran, bil hotel dan pelbagai lagi perkhidmatan ketika Neymar sedang bercuti atau sedangn berehat tanpa perlawanan, akan ditanggung kelab.

Neymar hanya perlu menghantar resit untuk klaim balik duit itu daripada kelab.

Jika Neymar mahu pulang ke kampung halamannya ataupun mahu bercuti ke luar dari Arab Saudi, dia akan dibekalkan perkhidmatan jet peribadi yang mewah.

Sebelum ini Ighalo pernah menunjukkan bagaimana pemain bintang sepertinya dilayan dengan perkhidmatan jet peribadi mewah itu.

Seterusnya bagi bonus media sosial, Neymar hanya perlu menulis apa sahaja yang mempromosi Arab Saudi. Dan dia akan menerima €500,000 untuk setiap post.

Kau bayangkan, Neymar bosan bosan dan dia up je gambar dia di sebuah tempat perangian Arab Saudi, terus wang masuk.

Neymar dianggap salah seorang pemain terbaik dalam generasinya. Dia masih lagi memiliki peak untuk bermain di peringkat tertinggi.

Neymar dikenali dengan gaya permainan yang licik dan penuh skil.

Neymar nampaknya bersama sama dengan bintang lain seperti Cristiano Ronaldo, Karim Benzema, Sadio Mane, Riyad Mahrez, Roberto Firmino dan ramai lagi datang memeriahkan Liga Pro Saudi.

Kedai barangan rasmi kelab Al Hilal diserbu peminat yang mahu mendapatkan jersi Neymar Jr.

Neymar turut sempat mengadakan sesi facetime dengan Putera Al Waleed Bin Talal yang dianggap orang terkaya di Arab Saudi yang merupakan peminat tegar Al Hilal.

 

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di