Neymar merupakan antara pemain yang aktif di Twitch. Namun malangnya akaun Twitch superstar dari Brazil itu telah selama tujuh hari setelah berkongsi nombor telefon rakan sepasukan Brazil, Richarlison.
Bintang kacak Paris Saint-Germain yang ketika itu sedang bermain secara live telah menerima panggilan daripada Richarlison.
Dia kemudian menunjukkan telefonnya ke kamera. Kesannya pemain Everton itu menerima lebih dari 10,000 pesanan WhatsApp.
Neymar menjelaskan dalam kisah Instagramnya [IG Story] dengan berkata: “Gais, saya di-ban oleh Twitch, jika saya tidak salah selama tujuh hari, kerana ‘Pombo’ [Richarlison].”
Neymar received a 7 day ban from Twitch because he accidentally leaked Richarlison’s number when he was streaming 🤣 pic.twitter.com/l1wLRikqgv
— Moleque Neymar (@Neymoleque) November 10, 2020
“Saya secara tidak sengaja menunjukkan jumlah Richarlison,” dengan rentetan emoji ketawa.
Neymar jelas sekali melanggar polisi Twitch yang melarang mana mana pemain menceroboh privasi orang lain.
Di mana Twitch menyatakan dalam regulasinya: “Jangan menceroboh privasi orang lain.”
“Dilarang untuk berkongsi kandungan yang dapat memaparkan maklumat peribadi peribadi mengenai individu, atau harta persendirian mereka, tanpa izin.”
Neymar yang menghubungi Richarlison secara FaceTimed Richarlison:”Kami sedang dalam talian. Lambai sikit.” katanya.
“Kau harus tukar nombor kau sekarang.”
Richarlison jelas tak selesa dengan perbuatan Neymar itu dan meluah di Twitter, sambil memberikan amaran kepada pengikutnya bahawa dia akan menyekat sesiapa sahaja yang cuba menghubunginya.
“Terima kasih @neymar kamu genius.” Richarlison menulis, sebelum menambah: “5 minit dan sudah mempunyai lebih dari 10 ribu mesej. Terima kasih @neymar.”
Selain berkongsi nombor telefon rakan sepasukan, Neymar juga telah memanggil Sergio Aguero sebagai ‘anak jalang’ [Son 0f B****] ketika bermain game Among Us.
Neymar has been banned on Twitch after one month of streaming…
In that one month on his stream:
📱 He leaked Richarlison’s phone number
😂 Called Sergio Aguero a ‘Son of a bitch’ during Among Us
😱 Jumped out of his chair after his friend creeped up behind him in a mask pic.twitter.com/tFfovdxxX8
— ODDSbible (@ODDSbible) November 10, 2020
Ini pula detik Neymar melompat terkejut selepas disakat kawannya.
Neymar is live on Twitch and his friend just played a prank on him pic.twitter.com/dsv4tUl2bn
— indykaila News (@indykaila) November 1, 2020
Richarlison menyatakan ianya prank yang menyeronokkan daripada Neymar. Namun keadaan menjadi tidak baik untuk beliau dan Neymar selepas itu.
Di mana Richarlison terpaksa menukar nombor telefon dan Neymar pula digantung dari Twitch.
Richarlison confirms Neymar was banned from Twitch for revealing his phone number during a live stream. pic.twitter.com/pLtflc5u5Z
— ESPN FC (@ESPNFC) November 11, 2020
Neymar adalah pemain sensasi yang kini bermain untuk PSG. Beliau masih kekal menjadi pemain termahal dalam sejarah bola sepak ketika menyertai PSG dari Barcelona.
Terbaru, Neymar menunggu tawaran kontrak baharu daripada PSG. Sekaligus membuatkan potensi pemain itu kembali semula ke Barcelona kian samar.
Neymar sebelum ini menyatakan beliau sangat ingin pulang semula ke Barcelona yang merupakan rumah kedua bagi dirinya.
Tetapi hasrat itu dihalang oleh PSG yang masih mahukan beliau terus kekal kecuali ada pasukan sanggup membayar EUR222 juta kepada PSG. Angka yang mereka bayar kepada Barcelona dahulu.
Musim lalu Neymar membantu PSG mara ke final UCL. Namun tewas di tangan Bayern Munich. UCL masih keutamaan Neymar dan PSG ketika ini.