Neymar Iktiraf Vinicius Pemain Paling Hodoh

Neymar memilih Vinicius Jr sebagai pemain paling hodoh di kalangan yang hodoh pernah bermain dengannya.

Neymar membuat kenyataan terbuka itu dalam satu wawancara di Brazil.

Tidak pasti apa motif hos tersebut bertanyakan soalan itu kepada Neymar. Mungkin kerana Neymar seorang pemain yang kacak dan mementingkan gaya?

Neymar adalah pemain yang sangat berpengaruh di dunia. Bukan sahaja di atas padang, namun di luar padang dia antara pemain dengan nilai komersial sangat tinggi.

Dia memiliki banyak penaja ekslusif kerana naluri fesyennya yang dianggap sangat baik.

Oleh sebab itu dia merasakan dirinya sangat kecak dan Vinicius menurutnya paling hodoh.

Neymar pula langsung tak ambil hati terus berkata: “Saya bermain dengan ramai pemain yang tak berapa kacak dan hodoh. Namun saya akan pilih, Vinicius Jr sebagai pemain paling hodoh saya pernah bermain bersama.

“Maaf Vinicius, saya sayangkan kamu, namun dia ni memang kelakar. Kamu hodoh tetapi kamu seorang yang kelakar.”

Komen Neymar itu kurang disenangi segelintir peminat yang menyatakan bahawa setiap manusia itu ‘cantik’ dengan cara mereka tersendiri.

Neymar dan Vini Jr bermain bersama sama dalam skuad Brazil. Namun kali ini Neymar tidak dapat bermain dalam Copa America.

Vinicius Jr dianggap bintang utama untuk Brazil. Dengan pemain itu dianggap sebagai salah seorang pemain terbaik di dunia pada masa kini.

Dia bermain untuk Real Madrid dan baru sahaja memenangi UCL dan La Liga bersama dengan Real Madrid.

Vini Jr pemain yang berskil tinggi dan dia antara pemain yang dianggap pencabar untuk Ballon d’Or yang akan datang.