Neymar Jelaskan Sebab Pemain PSG Troll Menganjing Erling Haaland

Semalam dalam aksi Liga Juara Juara Eropah di antara Paris St Germain vs Borussia Dortmund, para pemain PSG telah menganjing keraian Erling Haaland.

Ianya dimulakan oleh Neymar di atas padang ketika meraikan golnya. Dan kemudian diulangi kembali oleh Mbappe dan rakan rakannya di dalam bilik persalinan.

Neymar dan rakan-rakannya troll keraian Erling Haaland yang duduk seperti seorang yang sedang bermeditasi.

Haaland memang dikenali dengan keraian tersebut. Beliau meraikan dua gol beliau sebelum ini di dalam aksi first leg dengan gaya yoga tersebut.

Neymar memberikan penjelasan

Neymar meraikan gol pertama beliau dalam perlawanan ini dengan gaya Haaland.

Selepas tamat perlawanan kesemua pemain PSG berkumpul di dalam padang dan kemudian mengajuk gaya Erling Haaland.

Tidak terhenti di situ, di dalam bilik persalinan mereka turut melakukan gaya yang sama untuk dimuat naik ke dalam Instagram mereka.

Mereka troll Haaland sekali lagi dan sambil tergelak beramai ramai.

https://twitter.com/i/status/1237866442399203330

Neymar kemudian menjelaskan kenapa mereka berbuat demikian.

Ianya gara gara komen Haaland yang menyatakan bahawa ‘Paris adalah kota milik saya’ – dalam kiriman Haaland menerusi Snapchat.

Ye, itu je sebabnya.

Neymar kemudian memberikan respon selepas tamat perlawanan semalam dengan berkata: ‘Kota kamu di Norway bro, pergi balik. Ini kota saya, bukan kamu’.”

Neymar jelas sekali tidak berpuas hati dengan pengklaiman pemain Borussia Dortmund berusia 19 tahun itu.

PSG meneruskan kemaraan mereka ke suku akhir UCL selepas menang 2-0 di Paris ke atas Borussia Dortmund.

Aksi semalam dilangsungkan dalam stadium kosong kerana kerisauan tentang wabak Covid-19 ataupun koronavirus yang sedang menular ketika ini.

Para penyokong PSG tetap setia memberikan sokongan kepada para pemain mereka di luar stadium.

Neymar dan Juan Bernat menjadi penjaring gol. Kemenangan itu menyaksikan Paris St Germain berjaya mengatasi defisit daripada perlawanan pertama dengan menang secara agregat 3-2.

Sebelum ini pemilik PSG sudah menyatakan bahawa UCL masih lagi kekal menjadi sasaran utama mereka.

Sejak diambil alih oleh billionaire Nasser Al Khelaifi, PSG telah memenangi kesemua trofi domestik dan menjadi sangat dominan di Perancis.

Namun di peringkat UCL mereka kerap hampa. PSG memiliki ramai pemain bintang dengan kuasa beli yang mereka ada.

Oleh kerana enggan dianggap cuma jaguh kampung, PSG merasakan UCL akan menjadi pelengkap kepada status mereka sebagai salah sebuah pasukan elit di Eropah.

Namun begitu, ianya bukan satu tugasan yang mudah. UCL memiliki aura yang tesendiri.

Mampukah PSG mengakhiri badi mereka dalam UCL pada musim ini? Satu persoalan yang harus dijawab oleh Neymar dan rakan rakan di atas padang selepas ini.

Dan cuba mengelak troll ini akan berbalik kepada mereka.