Laman transfermrkt mengiktiraf Neymar sebagai pembelian paling rugi atau flop dalam sejarah bola sepak. Hal ini kerana, Al Hilal membelanjakan kira kira €12.8 juta untuk setiap penampilannya di kelab itu.
Al Hilal mengesahkan bahawa kelab itu dan Neymar mencapai kesepakatan bersama untuk menamatkan kontrak. Dan pemain itu boleh menyertai Santos secara percuma.
Pada musim panas 2023, Al Hilal membayar €90 juta kepada PSG untuk membeli Neymar. Dia mendapat kontrak sangat mewah.
Baru baru ini Neymar dilaporkan sudah menerima bayaran penuh untuk gaji tahun 2024 yang dibayar secara berkala.
Secara keseluruhannya pada 2024, dia meraih EUR101 juta atau RM468.5 juta daripada Al Hilal. Itu adalah gaji asas. Kerana bonusnya masih akan dikira berasingan.
Di Saudi Neymar dilayan dengan layanan bangsawan. Dia menginap di hotel diraja. Diberikan jet peribadi untuk memudahkan dia berulang alik ke Eropah dan kembali semula ke Saudi bila perlu berlatih atau bermain.
Lebih gila, kerajaan Saudi turut membiayai perbelanjaan rakan rakan dan keluarganya yang tinggal di Saudi bersamanya. Segala bil makan minum dan hotel mereka di Saudi dibayar kerajaan.
Namun, Neymar hanya bermain 2 perlawanan untuk Al Hilal pada 2024, Dan dalam dua perlawanan itu, Neymar cuma beraksi keseluruhan 42 minit di atas padang.
Pemain itu hadir ke Al Hilal dengan kecederaan. Dia kemudian cergas namun tidak sepenuhnya. Dia memilih mewakili Brazil untuk tugasan antarabangsa. Malangnya dia mengalami kecederaan lutut. Membuatkan dia berehat panjang.
Dia sempat menjulang piala bersama rajkan rakannya ketika dia masih cedera.
Setelah sekian lama tidak beraksi, Neymar kembali semula beberapa bulan lalu. Dia sempat beraksi dalam 2 perlawanan. Itu pun hanya 42 minit terkumpul kerana dia baru pulih.
Neymar cedera balik dan berehat panjang. Dan tidak bermain lagi untuk baki musim 2024. Neymar masih ada baki setahun kontrak sehingga musim panas 2025 atau pertengahan tahun 2025 bersama Al Hilal. Namun kedua dua pihak memutuskan untuk menamatkannya.
Neymar adalah pemain yang sangat berbakat. Seringkali dicanang sebagai bakal pesaing Messi dan Ronaldo pada eranya. Namun dia tidak dapat menyaingi dua pemain legenda itu. Walaupun pada satu ketika sentiasa berada di samping 2 pemain itu di atas podium.
Gaya hidupnya antara perkara yang membezakannya dengan dua legenda tersebut. Neymar dikenali sebagai seorang yang lebih santai dan sukakan kehidupan malam yang penuh hiburan.
Dia sebelum ini malah pernah ditegur PSG kerana bermain poker atau bermain video game sehingga lewat pagi.
Kini Neymar dianggap flop paling teruk dalam sejarah perpindahan bola sepak.
Was Neymar's move to Al-Hilal the worst transfer in the history of football?
The numbers certainly say so 😳 pic.twitter.com/DVaUDCQPqQ
— Transfermarkt.co.uk (@TMuk_news) January 29, 2025
Sepanjang bersama Al Hilal dia cuma bermain 7 perlawanan. Dan banyak di antaranya yang tidak bermain sepenuhnya. Dia juga cuma mencetak 1 gol sepanjang bersama Al Hilal.
Sebagai perbandingan, kontrak gaji Neymar boleh mencecah sehinngga €150 juta semusim atau keseluruhan €300 juta jika dia berjaya mengaktifkan semua klausa bonus prestasinya bersama kelab itu.
There will never be a worse transfer than Neymar to Al Hilal.
£77m transfer fee.
£3 million a week in wages.
Seven games played.
One goal scored.
— The Irish Guy (@the_irishguy) January 27, 2025
Walaupun dianggap perpindahan flop paling teruk, namun secara peribadinya, Neymar mendapat salah satu kontrak terbaik dalam sejarah pemain bola sepak. Makan tak habis 7 keturunan duit tu.