Neymar ‘Like’ Post Yang Menyatakan Bahawa Mbappe Sudah Menyampah Bermain Dengannya

Musim lalu, Mbappe dilaporkan telah menyokong cadangan agar Neymar dijual ke kelab lain. Ketika itu PSG memberikan kuasa kepada Mbappe untuk bersuara dalam isu jual beli pemain  – sesuai dengan kuasa yang dia dapat selepas dia menandatangani kontrak baharu masa itu.

Menurut Mbappe, Neymar bukan pemain yang bagus untuk berada dalam projek PSG yang kini berteraskan Mbappe.

PSG sendiri sudah memberitahu Neymar, kelab sudah menukar teras projek mereka daripada Neymar kepada Mbappe.

Mbappe langsung tidak menghalang kelab untuk melepaskan Neymar.

Namun usaha menjual Neymar tidak berhasil kerana gaji pemain itu terlalu mahal. Dan Neymar enggan menerima pengurangan gaji.

Ketika aksi Ligue 1 musim lalu, berlaku perebutan untuk tugasan penalti pasukan. Di mana Mbappe meminta agar Neymar menyerahkan penalti kepadanya.

Neymar yang keliru enggan menyerahkannya kerana tugasan itu biasanya miliknya sebagai penyepak utama. Mbappe yang bengang telah meminta kelab memberitahu Neymar kedudukan sebenar pemain itu dalam tugasan penalti.

Tidak lama selepas itu pengurus PSG pada musim tersebut, Christophe Galtier mengesahkan bahawa semua tugasan penalti atau sepakan percuma di luar kotak penalti adalah milik Mbappe.

Namun Galtier memberikan kebebasan kepada Mbappe untuk menyerahkan tugasan itu pada bila bila masa kepada pemain lain jika dia mahu.

Bermaksud, Mbappe tak akan dikenakan tindakan jika dia menukar tugasan penalti itu kepada pemain lain.

Itu dikatakan antara detik yang membuatkan Neymar rasa dirinya tidak dihormati.

Neymar bakal diumumkan sebagai pemain Al Hilal. Dan seorang peminat tegar menulis laporan menyatakan bahawa Mbappe sebenarnya sudah lama menyampah dengan Neymar dan tidak mahu bermain dengannya.

Fiqueipotomesmo menulis: “Kontroversi: Musim panas lalu, Mbappe jelas memberitahu PSG bahawa dia sudah tidak terfikir mahu bersama dengan Neymar lagi berada dalam skuad yang sama.”

“Kebetulan pula, pada hari Neymar secara praktikalnya diumumkan menyertai Al Hilal, Mbappe kembali ke latihan dengan sangat gembira.”

Muat naik hantaran itu telah diketik like oleh Neymar. Membuatkan ramai peminat berspekulasi bahawa Neymar setuju dengan post itu.

Ini bukan pertama kali Neymar menekan tombol suka pada post peminat di media sosial. Musim lalu, selepas rumahnya diserang peminat PSG yang mendesak dia untuk berambus, Neymar menekan like pada post yang menyokongnya dengan ayat: “Neymar itu lebih besar daripada PSG dalam sejarah berdasarkan pencapaian trofi.”

Mbappe sudah kembali ke sesi latihan pasukan utama. Dia diumumkan oleh Nasser Al Khelaifi, tidak lagi menjalani penggantungan oleh kelab.

Al Khelaifi malah yakin Mbappe akan melanjutkan kontrak baharu sekaligus mengelak pemain itu pergi secara percuma.

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di