Neymar Menganjing Keraian Kejuaraan Messi Dan Argentina: “Menang Piala Dunia Ke?”

Neymar nampaknya baru sahaja meletakkan hubungan akrabnya persahabatannya dengan Messi di dalam bahaya.

Bintang Brazil dan Paris Saint Germain, Neymar telah menggunakan Instagram untuk membidas sambutan kejuaraan Finalissima di Wembley oleh Argentina.

Neymar malah menyindir bahawa seolah olah seteru utama Brazil itu baru sahaja memenangi Piala Dunia.

Finalissima dimainkan antara pemenang Euro, Itali dan pemenang Copa America, Argentina.

Pasukan Argentina yang diketuai Lionel Messi mengatasi Itali dari awal hingga akhir babak, apabila gol Lautaro Martinez, Angel Di Maria dan Paulo Dybala mengesahkan kemenangan 3-0 ke atas juara Eropah itu.

Roberto Mancini akur dengan kehebatan Argentina yang menurutnya merupakan pasukan lebih baik daripada mereka.

Lionel Messi turut dianugerahkan Man of the Match selepas menghasilkan dua assist.

Selepas perlawanan, banyak sekali rakaman video keraian pasukan Argentina  muncul dalam talian, dan adegan itu nampaknya telah menjengkelkan Neymar yang mahu melayari Instagram dengan tenang.

Neymar mengulas satu siaran berkata: “Adakah mereka baru sahaja memenangi piala dunia?”

Tidak menghairankan untuk melihat rakyat Brazil atau pemain lain dalam kem Brazil menganjing sebegitu.

Namun apabila Neymar yang berkata begitu ianya agak memeranjatkan. Ini kerana Neymar telah menganjing pasukan yang diketuai rakan baiknya Barca dan di PSG, iaitu Lionel Messi.

Sebelum ini Neymar memeluk Messi dan menganggap pemain itu berhak memenangi Copa America selepas apa yang dia lakukan kepada negaranya.

Tetapi lain pula jadinya kini. Apabila Neymar memperlekehkan kejayaan Argentina dalam Finalissima.

Rakan sepasukan Messi, Emi Martinez telah bercakap mengenai peluang pasukannya untuk memenangi Piala Dunia.

Martinez berkata: “Kami akan sentiasa menjadi salah satu pilihan untuk Piala Dunia, kerana kami mempunyai pemain terbaik di dunia [Leo Messi] dan kami semua akan bertarung seperti singa untuknya.”

Messi sendiri akan memikirkan masa depannya selepas kejohanan, dia berkata: “Selepas Piala Dunia, saya tidak tahu, saya perlu memikirkan semula banyak perkara. Pasti banyak perkara akan berubah.”

Brazil dianggap pasukan pilihan utama untuk menjuarai Piala Dunia yang akan diadakan di Qatar pada akhir tahun ini.

Neymar sebelum ini sudah membayangkan bahawa dia akan bersara selepas tamat Piala Dunia 2022 yang merupakan penampilan terakhirnya bersama Brazil.

Menurut Neymar, beliau tidak pasti lagi sama ada beliau akan memiliki kekuatan dari segi mentaliti untuk terus bermain bola sepak.

Bercakap kepada DAZN, Neymar berkata: “Rasanya, Piala Dunia 2022 akan menjadi piala dunia terakhir saya. Saya tak rasa saya cukup kuat secara mental untuk mengendalikan hidup sebagai pemain bola sepak.”

“Saya akan memberikan segalanya untuk membantu Brazil menjuarai Piala Dunia 2022 dan merealisasikan impian saya sejak kecil lagi.”

Neymar menandatangani kontrak baru bersama dengan PSG pada musim lalu. Pastinya agak tidak masuk akal untuk melihat beliau bersara sepenuhnya daripada bola sepak.

Jadi, Neymar mungkin mempertimbangkan semula persaraannya daripada peringkat antarabangsa.

Neymar merupakan pemain utama Brazil sejak beberapa musim ini. Beliau dianggap salah seorang pemain terbaik di dunia pada ketika ini.

Beliau seringkali menjadi senjata utama negaranya dalam kejohanan major. Neymar juga sudah beberapa kali menjadi ketua pasukan untuk negaranya.

Dikenali dengan gaya permainan yang lincah dan licik. Neymar seringkali mendapat perhatian daripada ramai pihak.

Selain daripada kehidupannya sebagai pemain bola sepak dia juga sering kali menjadi perhatian media ketika di luar padang.

Neymar digelar pemain bola sepak bertaraf selebriti pada hari ini dengan menjadi kuasa di media sosial.

Baca yang lain

Xavi Sedia U-Turn Dan Kekal Di Barca

Beberapa minggu lalu Xavi menyatakan bahawa dia akan tetap meninggalkan Barcelona walaupun kelab itu menjulang UCL sekalipun. Sebelum itu Xavi sudah menyatakan