Keadaan di PSG menjadi semakin tegang. Kali ini melibatkan Neymar.
Peminat PSG sebelum ini berkumpul di hadapan kediaman Neymar dan chanting, Neymar Berambus!
Ianya sebagai tanda marah ke atas pemain yang dianggap merugikan kelab. Makan gaji besar namun tidak memberikan prestasi terbaik.
Neymar kini cedera dan berehat. Namun dia seringkali bermain poker secara online pada lewat malam.
Ianya antara alasan peminat PSG merasakan Neymar adalah satu pembaziran.
Neymar melanjutkan kontraknya di PSG sebelum ini. Dia menjadi antara penerima gaji tertinggi dan pakej bonus luar biasa.
Antara bonus itu, Neymar perlu pergi ke arah penyokong dan melambai mereka setiap kali selepas tamat perlawanan.
Neymar diminta tidak mengkritik kelab lagi seperti mana sebelum ini di mana pemain itu membandingkan PSG dengan Barca dan mahu pulang ke Barca.
Walaupun peminat PSG bengang dengan Neymar. Namun bintang Brazil itu tetap ada penyokongnya tersendiri.
Mereka menganggap peminat PSG dan kelab itu sebagai sangat teruk.
Kenapa peminat PSG perlu pergi ke rumah Neymar dan membuat tunjuk perasaan di sana?
Seterusnya ada satu post menyebut bahawa PSG hanyalah kelab kecil berbanding karier Neymar yang luar biasa.
Post yang sama menyebut PSG sebagai kelab yang tiada sejarah.
👀🚨Neymar Jr likes a reel on IG which talks about how PSG is a small club with little history pic.twitter.com/JhTsTs4Sq9
— PSG Chief (@psg_chief) May 3, 2023
Kelihatan akaun rasmi Neymar Jr mengelike post itu.
Ia menambah kebencian di kalangan peminat PSG ke atas Neymar.
Selain daripada Neymar, Lionel Messi turut menjadi sasaran peminat.
PSG sudah mengeluarkan kenyataan mengecam tindakan peminat yang melancarkan kempen anti pemain yang dianggap melampau.
PSG kecewa kerana ada segelintir penyokong yang menggunakan kata kata kesat dan melampau ke atas pemain.
🚨 “PSG condemns with firminess the intolerable insulting actions of a small group of individuals”.
“Nothing can justify such acts. Full support to the players and management after this shameful behaviours”.
ℹ️ PSG fans also went to Neymar's house to demand he leaves the club. pic.twitter.com/foe6JIWymE
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) May 3, 2023