Sebelum pertandingan bermula, Lionel Messi melafazkan ikrarnya mahu menjulang Copa America bersama dengan Argentina selepas menjuarai segalanya bersama Barca namun masih tiada piala major bersama negaranya.
Yang ada hanyalah emas Olimpik yang tidak dikira sebagai piala major. Argentina merupakan negara yang terkenal dengan bola sepaknya, namun kali terakhir mereka menang piala major adalah pada 1993.
Impian Leo Messi
Messi ketika itu berkata: “Saya sentiasa ada untuk pasukan kebangsaan saya. Impian terbesar saya adalah memenangi gelaran dengan jersi ini.”
“Saya sangat hampir memenanginya berkali-kali. Namun ianya tidak berlaku, tapi saya akan terus mencuba. Saya akan sentiasa memperjuangkan impian ini. ”
“Itulah sebabnya sudah tiba masanya kita memenangi Copa ini. Kami tahu ia akan menjadi yang istimewa, serta nilainya berbeza kerana semua yang sedang dilalui dunia ketika ini.”
“Sedikit demi sedikit kami saling mengenali corak permainan masing masing, dan saya berasa selesa bermain dengannya,” kata Messi.
Selama 15 tahun bermain untuk Argentina, Messi kalah di final Piala Dunia 2014, ditambah dua kekalahan final edisi Copa America pada tahun 2015 dan 2016.
Argentina tidak pernah memenangi kejohanan besar sejak kejuaraan Amerika Selatan pada 1993.
Messi sentiasa berusaha untuk negaranya. Beliau pernah mengumumkan persaraan kerana kecaman terlalu teruk daripada media dan penyokong Argentina.
Tetapi rasa sayang dan patriotik kepada negaranya membuatkan beliau menarik balik persaraan dan kembali menyarung jersi Albiceleste. Messi terus mahu menyumbang sesuatu kepada negaranya.
Dia dahulu pernah ditawarkan Sepanyol tempat dalam skuad kebangsaan mereka. Jika Messi menerima lamaran itu beliau sudah ada Euro dan Piala Dunia bersama generasi emas Sepanyol.
Tetapi cinta Messi kepada negaranya tidak pernah berubah. Beliau sentiasa bangga menjadi rakyat Argentina terutama sekali mengenangkan mendiang neneknya yang menurutnya menjadi orang pertama yang sangat menyokong dia ketika bermain bola sepak.
Messi dedikasikan gol buat neneknya
Neneknya Celia Olivera Cuccittini meninggal dunia pada tahun 1998 – ketika itu Messi baru berusia 11 tahun. Namun sejak itu, Messi akan mededikasikan setiap golnya kepada mendiang neneknya tanpa jemu.
Messi berkata: “Walaupun masa tu saya baru berusia 4 atau 5 tahun, saya memang suka bermain bola sepak. Mungkin bermula sejak saya mulai pandai berjaya kot, saya terus menyepak bola.”
“Ya saya ingat lagi detik pertama kali saya bermain untuk Grandoli [ sebuah pasukan kecil di Rosario].”
“Saya ada abang dan sepupu, dan kami sentiasa bermain bersama sama. Saya tak tahu bila sebenarnya saya bermain bola sepak kali pertama. Pada usia 4 tahun lagi saya sudah bermain untuk kelab, di jalanan, sepanjang masa saya bermain bola.”
“Abang saya dan sepupu saya diterima masuk dalam kelab ini. Dan coach pula menolak untuk memasukkan saya. Tetapi nenek saya mendesak: ‘Masukkan nama dia dalam pasukan kamu.’ Coach ketika itu berkata: Kamu dah gila ke, dia kecil sangat, nanti dia cedera bermain dengan budak budak yang lebih besar.”
“Namun nenek saya terus mendesak kerana dia percayakan bakat saya. Coach mengalah dan berkata: ‘Belikan kasut bola yang sesuai, dia boleh sertai latihan minggu depan.’
Cinta Messi kepada Argentina tidak pernah berubah. Kerana di situla dia mengenali bola sepak di padang kecil di Argentina sehinggalah pemantau bakat dari Barcelona mengesan kehebatannya dan membawanya ke Sepanyol.
Antara sebab keluarga beliau menerima tawaran Barcelona adalah kerana kelab itu menawarkan pakej perubatan dan terapi kepada Messi yang ada masalah dengan tumbesarannya.
Messi kemudian berkembang menjadi legenda agung Barcelona. Menjadi penjaring terbanyak sepanjang zaman untuk kelab.
Messi akhirnya menjulang Copa America
Pada hari ini akhirnya, salah seorang pemain paling ulung dalam sejarah bola sepak dunia, dengan memiliki 6 Ballon D’Or – berjaya juga mengetuai negaranya menjulang Copa America.
When life is complete. Messi lifting a major international trophy with Argentina!
Not only did he end as the winner, but he was also the player of the tournament. The top scorer and the player with most assist. Broke the curse at Maracanã against Brazil.
GOAT! 🇦🇷 🐐 pic.twitter.com/fglyd8Ja47
— Simply Barca 💫 (@SiempreFrenkie) July 11, 2021
Argentina menewaskan musuh tradisi mereka, Brazil di Maracana.
Jaringan tunggal Angel Di Maria sudah cukup buat Argentina menamatkan penantian cukup lama Argentina.
Selepas menangis meratapi kekalahan itu, Neymar kemudian mendapatkan Lionel Messi dan memeluk rakan karibnya itu. Neymar memberitahu Messi, dia tumpang gembira dengan kejayaan Messi kali ini walaupun dia agak kecewa kalah.
Neymar mengaggap Messi paling berhak untuk menjuarai Copa America pada kali ini berbanding dengan mana mana pemain lain selepas apa yang beliau dedikasikan dalam kariernya.
¡RESPECT! #Messi #Neymar pic.twitter.com/Wpp5zRKUzt
— VAR Central (Andrés) 🖥 (@ElVarCentral) July 11, 2021
Detik itu membuatkan ramai terharu melihat rasa hormat di antara Neymar dan Messi.
A minute long hug between Neymar & Messi, many emotions coming down. pic.twitter.com/2yXoHxMY6m
— 𝐀𝐅𝐂 𝐀𝐉𝐀𝐗 💎 (@TheEuropeanLad) July 11, 2021
Neymar dan Messi rapat sejak kedua dua mereka beraksi untuk Barcelona. Dan Neymar seringkali bertemu Messi kerana keluarganya juga kerap tinggal di rumah mereka di Barcelona.
Apapun syabas kepada Lionel Messi dan Argentina. Terlerai juga penantian.
Lionel Messi has played 10 senior international tournaments:
2006 World Cup: QF
2007 Copa América: 🥈
2010 World Cup: QF
2011 Copa América: QF
2014 World Cup: 🥈
2015 Copa América: 🥈
2016 Copa América: 🥈
2018 World Cup: R16
2019 Copa América: 🥉
2021 Copa América: 🏆Finally. pic.twitter.com/rJrgSSQQiS
— Squawka Football (@Squawka) July 11, 2021