Ucapan tahniah Neymar di media sosial kepada juara Liga Juara-Juara Eropah menjadi viral kerana ditujukan kepada pasukan yang salah.
Nampaknya UCL kali ini benarn benar bukan UCL terbaik untuk Neymar. Segalanya seolah olah serba tak kena bagi penggempur antarabangsa Brazil itu.
Dalam ucapan tahniah itu Neymar menujukannya kepada Bayer Leverkusen, bukannya Bayern Munich.
Neymar gagal memimpin Paris Saint-Germain untuk menjuarai Liga Juara-Juara 2019/2020 setelah tewas 0-1 kepada Bayern Munich dalam perlawanan findl di Portugal.
Bintang antarabangsa Brazil itu menangis kesedihan selepas perlawanan selepas gagal membantu pasukannya memenangi kejuaraan sulung Liga Juara Juara Eropah.
PSG sudah berbelanja ratusan euro untuk membentuk pasukan, sudah tentunya keutamaan mereka kepada UCL.
Namun, di sebalik kesedihan dan kesugulannya, Neymar berusaha untuk kekal bersemangat kesukanan dan tetap mengucapkan tahniah kepada Bayern yang berjaya menjadikan diri mereka sebagai juara.
Namun, dalam ucapan tahniah yang dimuat di Twitter peribadinya, Neymar menulis ‘Bayer’ dan bukannya ‘Bayern’.
Dahlah admin Bayer Leverkusen ni boleh tahan nakal dia di Twitter.
Neymar menulis:
“Kekalahan adalah sebahagian daripada sukan ini, kami telah mencuba segalanya dan berjuang hingga akhir. Terima kasih atas sokongan dan kasih sayang dari anda masing-masing dan Tahniah kepada BAYER,” tulis Neymar.
Perder faz parte do esporte, tentamos de tudo, lutamos até o final. Obrigado pelo apoio e carinho de cada um de vocês 🙏🏽 e PARABÉNS ao BAYER 👏🏽
— Neymar Jr (@neymarjr) August 23, 2020
Kemudian Bayer Leverkusen membalas kembali tweet Neymar dengan berkata: Terima kasih @neymarjr. Kami tidak tahu mengapa anda mengucapkan tahniah kepada kami, walaupun kami bercuti dan bermain FIFA … Tetapi terima kasih atas kata-kata ucapannya. ”
Netizen terasa lucu dan mulai menyakat Neymar. Ada yang menyatakan Neymar betul betul banyak miss dalam UCL kali ini. Beliau miss di atas padang dan miss dalam ucapan tahniahnya.
— Bayer 04 Leverkusen (@bayer04_en) August 23, 2020
Ada juga yang troll PSG dengan menyatakan rupa rupanya selama ini PSG mempersiapkan diri di latihan untuk berhadapan dengan Bayer Leverkusen dan bukannya Bayern.
PSG prepared for Bayer Leverkusen this entire time only to find out they were playing Bayern Munich
— Danny 🐥 (@ScottishCesc) August 23, 2020
Bukan sahaja Neymar ada juga netizen yang turut keliru dengan tag Bayer dan bukannya Bayern.
thank you, but again, unfortunately that was not us 😂 https://t.co/Mv9s4uIDTh
— Bayer 04 Leverkusen (@bayer04_en) August 23, 2020
Neymar berada dalam prestasi yang terbaik pada musim ini. Cuma saya beliau tidak dapat membantu PSG menjuarai UCL.
Walaubagaimanapun, Neymar menunaikan janjinya untuk memberikan yang terbaik kepada PSG selepas awal musim penuh kontroversi.
Di mana beliau pernah dihalau ultras PSG selepas Neymar merengek mahu pulang ke Barcelona.
Neymar kemudian akur dengan kontraknya dan berjanji akan memberikan yang terbaik.
Neymar masih ada peluang lagi selepas ini untuk membantu PSG, kerana beliau masih berada dalam usia terbaik dalam kariernya.