Neymar Nekad Mahu Terus Kekal Di PSG

Neymar berkata dia ingin terus kekal di juara Perancis, Paris Saint-Germain. Neymar pastinya sedar dengan spekulasi bahawa PSG sedia menjual pemain itu ke mana mana kelab yang menawarkan harga terbaik untuk bintang Brazil itu.

Neymar sebelum ini menyertai PSG dengan bayaran rekod dunia sebanyak €222 juta. Dan beberapa bulan lalu pemain Brazil berusia 30 tahun itu menandatangani lanjutan kontraknya yang membuatkannya terus kekal sehingga 2025.

Ketika itu PSG menyatakan bahawa Neymar akan menjadi teras penting kepada projek mereka. Namun perkara itu berubah selepas Mbappe menyatakan dia mungkin akan meninggalkan PSG kerana mahu mengejar kejayaan lebih besar iaitu UCL.

Lalu PSG memberitahu Mbappe bahawa mereka mahu pemain itu kekal kerana dia adalah teras sebenar kepada projek mereka.

Mbappe akhirnya rasmi kekal. Dan kini PSG dikatakan sedia melepaskan Neymar untuk menampung kos gaji Mbappe serta pakej bayaran bonus tandatangan pemain itu.

Mbappe kini menjadi teras kepada projek sukan di PSG. Dia malah memiliki kuasa ala pemilik dalam kontraknya.

PSG merasakan bahawa Neymar sudah tidak dapat mencapai potensi terbaiknya lagi. Dengan rekod kecederaan yang kerap melandanya.

Akhbar sukan Perancis L’Equipe mendakwa pemilik PSG, Nasser Al Khelaifi kinni “tidak akan menentang Neymar pergi.”

Sebelum ini Neymar pernah menjadi buruan Barcelona dan Real Madrid. Nasser Al Khelaifi sanggup melakukan apa sahaja untuk mempertahankan pemain itu agar terus kekal di PSG.

Neymar pada satu tahap telah melengahkan kepulangannya ke Paris selepas tugasan di Brazil kerana mahu mendesak untuk dijual ke Barca.

Namun Nasser Al Khelaifi tidak pernah terfikir melepaskan pemain itu. Malah akhirnya dia berjaya memujuk Neymar melanjutkan kontraknya pada tahun lalu.

Selepas melanjutkan kontrak itu, Neymar menyatakan bahawa dia tidak akan pernah lagi terfikir untuk cuba keluar dari PSG.

Bekas bintang Barcelona itu – yang menjaringkan gol ke-100 untuk PSG sejak dia tiba pada 2017 ketika membelasah Metz 5-0.

Dia mengakui dia tidak mendengar khabar angin tentang dia mungkin meninggalkan kelab itu. Namun jika benar kelab sedia melepaskannya, dia akan sedaya upaya bertahan di PSG sehingga kontraknya tamat.

Neymar berkata: “Saya tidak pernah mendengar perkara seperti itu setakat ini tetapi di pihak saya kebenarannya adalah saya mahu kekal,” katanya kepada laman web Oh My Goal.

Dengan PSG telah memujuk bintang penyerang Kylian Mbappe untuk menandatangani kontrak baharu dan menolak Real Madrid, mereka bersedia untuk membina pasukan berdasarkan kehendak pemenang Piala Dunia bersama Perancis itu.

Pemergian pengarah sukan Brazil Leonardo dan kemungkinan digantikan oleh pemain Portugis Luis Campos juga dilihat berkemungkinan akan semakin mengancam kedudukan Neymar di PSG.

Kelab yang baru kaya raya iaitu Newcastle antara nama yang tiba tiba dikaitkan dengan Neymar.

Mbappe sudah mencadangkan kepada PSG bahawa dia mahu bergandingan bersama dengan Ousmane Dembele pada musim hadapan.

PSG memang sudah lama berminat dengan Dembele. Mereka sedia mendapatkan pemain itu dengan menawarkan kontrak besar kepadanya.

Paling penting, mereka dapat meyakinkan Mbappe bahawa PSG sedia melakukan apa sahaja asal Mbappe gembira di situ.

Ke manakah destinias Neymar?

PSG sudah tidak yakin dnegan prestasi Neymar. Mereka malah tidak melakukan sebara penilaian lebih lengkap ke atas pemain itu, sebagaimana mereka lakukan sebelum ini.

PSG dikatakan menawarkan Neymar ke Barcelona. Namun Presiden Barca menyatakan bahawa mereka hanya akan mendapatkan pemain seperti Neymar dan Messi secara percuma ataupun selepas kontrak mereka berakhir.

Dengan situasi kewangan Barca yang ada, mereka tidak dapat menandatangani Neymar kerana FFP.

Selain dari Newcastle, Chelsea juga tiba tiba dikaitkan dengan Neymar. Beberapa bulan lalu, Neymar memuji Tuchel sebagai pengurus yang dia sedia untuk memberikan segalanya.

Agak menarik kerana Tuchel sebelum ini pernah menyindir bahawa menguruskan Chelsea jauh lebih mudah dari PSG yang penuh dengan pemain diva dan karenah pemilik.

Baca yang lain

Griezmann Kesal Hina Alexis Sanchez

Antoine Griezmann akui dia melampaui batas apabila mengeluarkan kata kata hinaan kepada Alexis Sanchez ketika pertemuan 16 akhir antara Atletico Madrid dan