Neymar Pernah Trial Di Madrid Skor 27 Gol Dalam 2 Minggu, Tapi Kemudian Dia Nak Balik Santos

Neymar adalah pemain yang sangat signifikan dengan Barcelona. Namun sebenarnya, Neymar terlebih dahulu didatangi oleh Real Madrid ketika dia masih awal remaja. Real Madrid malah sangat berharap dapat menandatangani Neymar selepas pemain itu datang ke trial bersama pasukan dan skor 27 gol sepanjang 2 minggu di sana. Padu tak?

Telah tersebar gambar Neymar memakai jersi Barcelona ketika dia berusia 14 tahun, pada tahun 2006. Di mana Neymar dan ayahnya pergi ke ibu kota Sepanyol untuk sesi pemilihan / trial bersama Los Blancos. Ia adalah tiga tahun sebelum bintang Brazil itu membuat debut seniornya untuk Santos. Neymar sebenarnya diterima menyertai La Fabrica. Pengurusan Los Blancos juga menawarkan perjanjian jangka panjang untuk pemain itu. Dan sangat yakin keluarga Neymar tak akan dapat menolak tawaran yang dianggap tawaran terbaik seumur hidup pada masa itu.

Tetapi, atas sebab tertentu, tawaran itu ditolak oleh Neymar. Ayahnya memberitahu Real Madrid bahawa mereka terpaksa menolaknya. Hairan! Memang tak banyak orang boleh berbuat demikian.

Neymar kemudiannya menyertai Santos dan membuat penampilan sulungnya pada 2009. Lepas sedekad kemudian, gambar Neymar di Estadio Santiago Bernabeu telah menjadi viral di media sosial. Ketika itu, Neymar kelihatan sangat kurus. Dia bergambar dengan jersi Madrid dan tersenyum. Terdapat juga gambar Neymar di dalam loker pemain. Dia kelihatan gembira bergambar dengan latar belakang jersi idolanya, Robinho, dan seorang lagi legenda Brazil, Ronaldo Luis Nazario de Lima Souza.

Neymar datang Bernabeu

Borang pendaftaran Neymar bersama Real Madrid juga dipaparkan. Menurut penerbitan Sepanyol, Marca, jurulatih muda Madrid ketika itu sebenarnya kagum dengan Neymar dan berharap untuk menandatanganinya ke pasukan itu.

Pada masa itu, Real bercadang mahu menjadikan Neymar sebagai pemain dalam projek bersama bakat muda berpotensi besar seperti Dani Carvajal dan Pablo Sarabia. Malah Carvajal sendiri pernah mengesahkan bahawa dia memang tak salah orang, memang Neymarlah orang yang pernah berlatih dengan dia dulu semasa di akademi.

Mahu balik Santos

Malangnya Neymar enggan berpindah ke Estadio Bernabeu. Dia memilih untuk terus kekal bersama Santos. Lebih-lebih lagi, kelab Brazil itu memberikan keluarganya sebuah apartmen berhampiran tempat latihan Santos. Neymar kemudian mendapatkan kontrak profesional dengan Santos.

Seorang jurulatih Real Madrid yang mengendalikan Neymar ketika itu berkata: “Saya masuk ke bilik persalinan untuk menyambut kanak-kanak itu, seperti yang kita lakukan dengan sesiapa sahaja. Saya dapati seorang kanak-kanak kecil dan kurus dengan rambut yang dicukur. ”

“Perkara pertama yang menarik perhatian saya ialah hakikat bahawa dia sangat kecil dan kurus. Tetapi, kemudian kami melihat ada pemain bola sepak terkemuka [pada dirinya].”

“Apabila dia mula-mula membuat sentuhan dengan bola, kami menyedari kualitinya. Semua orang sedar bahawa dia adalah pemain yang sangat menarik untuk kelab untuk masa depan,” tambah jurulatih itu lagi seperti yang dilaporkan oleh Marca.

“Saya rasa pihak pengurusan memberinya tawaran yang sangat baik. Mereka berkata bapanya menerima tawaran itu,” tambahnya.

“Saya juga tahu bahawa ketika presiden Santos berada pada tahun ini. Dia bimbang kehilangan Neymar. Kemudian, dia bercakap dengan bapanya. Dan, ada satu perjanjian untuk Neymar apabila dia kembali ke kelab kelak, mereka akan menyediakan sebuah apartmen untuk keluarga Neymar. ,” kata jurulatih itu.

Seorang lagi coach menyatakan, sangat mustahil pemain pemain sebayanya pada masa itu merampas bola dari kakinya.

Neymar ternyata masih tidak mahu meninggalkan kehidupannya di Brazil pada masa itu. Ayahnya menuruti permintaan Neymar dan mereka pulang semula ke Brazil.

Pada 2013, Neymar kemudian menyertai musuh tradisi Real Madrid, iaitu Barcelona. Neymar membentuk gandingan MSN bersama Messi dan Suarez. Neymar menjaringkan 105 gol dalam 186 penampilan untuk Barca.  Dia memenangi dua gelaran La Liga dan Liga Juara-Juara Eropah bersama Barca. Namun jodoh Barca dan Neymar tak kekal lama apabila pemain itu mendesak perpindahan ke PSG pada 2017. Menjadikan dia pemain termahal dalam sejarah dunia dengan nilai klausa pelepasan yang diaktifkan sebanyak EUR222 juta.

Baca yang lain