Neymar Rakan Kongsi Baru Facebook Gaming Akan Livestream 3 Pagi Esok

Neymar Jr., pemain bola sepak Brazil tersebut erupakan salah seorang atlet paling popular di dunia. Dan beliau rasminya menyertai Facebook Gaming untuk menstrim kandungan permainan video secara eksklusif di platform tersebut.

Ia dianggap satu kejayaan besar oleh Facebook Gaming, di tengah-tengah pertempuran mereka yang berterusan dengan Twitch dan YouTube untuk mendapatkan tawaran dengan personaliti permainan video terkemuka.

Neymar Jr. selepas ini akan menstrim secara langsung untuk beberapa kali setiap bulan, dan sekali sebulan dia akan bermain dengan pencipta konten yang berbeza, menurut Facebook.

Strim langsung rasmi pertama akan berlangsung di halaman Facebook Neymar Jr pada hari Jumaat, 17 Disember pada 8 malam waktu Paris ataupun 3 pagi 18 Disember 2021 di Malaysia.

“Saya sangat gembira dapat bekerjasama dengan Facebook Gaming di strim langsung saya!” Neymar Jr berkata dalam satu kenyataan yang disediakan oleh Facebook.

“Dunia permainan sentiasa menjadi salah satu minat terbesar saya selepas bola sepak, dan saya hampir tidak sabar untuk melepak dan berseronok dengan semua orang yang turut berkongsi minat ini.”

Neymar da Silva Santos Júnior, yang kini bermain untuk kelab bola sepak Paris Saint-Germain, ialah pemain yang turut muncul dalam “Fortnite” Epic Games awal tahun ini, yang membenarkan pemain mendapatkan / unlock skin, aksesori dan pencarian dalam permainan tersebut.

Dia sebelum ini seringkali menstrim secara langsung di Twitch, bermain permainan termasuk “Counter-Strike: Global Offensive” (CS:GO) dan “Call of Duty.”

Pemain bola sepak berusia 29 tahun itu mempunyai lebih daripada 88 juta pengikut di Facebook dan lebih daripada 166 juta di Instagram – di mana kedua-duanya dimiliki oleh syarikat induk Meta.

Neymar mengumumkan kerjasama dengan Facebook Gaming di media sosial Khamis:

Facebook Gaming dalam kenyataannya berkata: “Kami teruja untuk mengalu-alukan Neymar Jr. ke Facebook Gaming, di mana dia boleh berhubung dengan peminat globalnya melalui permainan video,” kata William Pimenta, pengurus rakan kongsi strategik di Facebook Gaming.

“Seperti bola sepak, permainan video hjuga menyatukan orang ramai merentasi sempadan dan bahasa. Dan pendekatan global kami untuk menyokong pencipta konten adalah salah satu perkara yang menjadikan Facebook Gaming istimewa.”

Beberapa tahun lalu, Neymar pernah diban oleh Twitch beberapa kali. Antaranya adalah kerana isu memasang lagu yang terkena copyright dan kemudian mencarut pada anak Aguero ketika bermain Among Us.

Harap kali ini Neymar akan lebih tenang ye.

Baca yang lain

Real Madrid Singkir Juara Bertahan!

Real Madrid menyingkirkan juara bertahan Manchester City dari saingan UCL awal pagi tadi. Skuad Carlo Ancelotti sekali membuktikan bahawa Real Madrid dan