Neymar tampil dengan kenyataan panas dengan membandingkan kehidupan dia dan Lionel Messi di PSG sebagai ibarat di neraka.
Kedua dua pemain itu sudah meninggalkan PSG. Neymar dilabel legenda oleh PSG menerusi ucapan selamat tinggal kelab itu menerusi Twitter.
Malangnya legenda mereka itu kini mengutuk pasukan itu sebagai pasukan yang teruk.
Sebelum ini Messi menyatakan bahawa kehidupan di PSG sangat stress dan tidak menggembirakannya.
Dia mencari eskapisme dengan menunggu minggu antarabangsa untuk menikmati detik yang menggembirakan.
Lionel Messi biasanya seorang yang tidak banyak bicara. Dia tidak pernah mengkritik jurulatihnya atau pasukannya secara terbuka kecuali PSG.
Pemain itu sekali lagi menegaskan bahawa fasa karier dan kehidupannya di Paris sebagai ngeri dan tidak menyeronokkan.
Persekitaran di PSG dianggap Messi sebagai toksik terutama sekali penyokong PSG yang seringkali menjadikan dia sasaran dan kambing hitam.
Penyokong PSG malah pernah membuat protes besar besaran di hadapan pejabat Nasser Al Khelaifi menyatakan kebencian mereka kepada Messi yang ketika itu mereka syaki berunding dengan kelab Arab Saudi.
Messi menafikannya dan meminta maaf kerana terpaksa tidak hadir latihan. Menyatakan bahawa dia hanya tahu jadual berubah ketika dalam penerbangan.
Kini Messi menegaskan kenapa dia ke Amerika Syarikat, dia menganggap keputusan itu kerana keluarganya.
Messi berkat: “Menyertai Inter Miami adalah keputusan yang saya buat demi keluarga. Kami semua melalalui kehidupan 2 tahun yang sangat sukar di Paris.”
“Hakikatnya, ianya tidak begitu bagus untuk kami tinggal di sana. Setiap kali saya terbang untuk menyertai pasukan kebangsaan, itu adalah detik paling gembira untuk saya. Kerana saya bahagian berada di tempat yang saya suka, bersama rakan rakan yang rapat dengan saya.”
“Saya datang ke Inter Miami untuk mencari kebahagian yang seperti itu, seperti mana yang kami pernah nikmati di Barcelona. Menikmati hari hari dengan anak, keluarga saya, dan ianya berjalan dengan baik.” kata pemain itu kepada Apple TV.
“Saya menghargai kehidupan bola sepak yang saya lalui di sini pada masa ini. Tapi itu bukanlah faktor utama saya nak datang ke sini. Dengan masa yang terus beredar, saya boleh katakan ini adalah tempat paling tepat untuk saya dayang.
Messi mengakui sebenarnya PSG bukan pilihan yang dirancangnya. Segalanya berlaku mengejut selepas Barca gagal mendaftarkannya dan terpaksa melepaskannya.
🎙️ Lionel Messi:
“We had spent two difficult years at PSG. The truth is that it didn't go well, we struggled as a family. Here in Miami, it's a bit like going back to the life we had in Barcelona: enjoying everyday life, the children, in a family that is doing well.
I also… pic.twitter.com/dNiTpgTq1N
— Football Tweet ⚽ (@Football__Tweet) August 24, 2023
Terbaru Neymar tampil bersuara menyokong pandangan rakannya itu. Neymar menjadi pemain yang terpaksa berhadapan dengan beberapa siri protes peminat PSG yang tidak berpuas hati dengannya.
Ini termasuk protes di hadapan kediamannya ketika dia dalam proses pemulihan daripada kecederaan.
Bercakap tentang perasaannya melihat Messi memenangi Piala Dunia dan detik mereka di PSG, Neymar berkata:
“Ianya tahun yang menggembirakan untuknya, dan menyedihkan pada masa yang sama. Kerana dia harus hidup pada kedua dua sisi duit syiling.”
Neymar had strong feelings about his and Messi's time in Paris. pic.twitter.com/B1yGkghR3Q
— ESPN FC (@ESPNFC) September 3, 2023
“Dia hidup di syurga ketika bersama skuad Argentina dengan memenangi segalanya tahun sebelum ini. Dan dia ibarat hidup di neraka ketika di Paris. Kami berdua [Neymar dan Messi] hidup di neraka ketika di sana, ya saya dengan dia.”
“Kami berdua sedih kerana kami berada di sana bukannya tanpa arah tujuan, tetapi kami memberikan yang terbaik untuk menjadi juara, cuba mencipta sejarah dan itulah sebabnya kami berdua kembali bermain bersama.”
“Saya dan Messi datang ke PSG agar dapat membina sejarah bersama mereka.”
“Messi meninggalkan PSG dengan cara itu, demi bola sepak, dia tidak sepatutnya dilayan teruk seperti itu. Di atas siapa dirinya, apa yang dia telah lakukan, semua orang yang kenal dia, tahun dia seorang pemain yang sentiasa berkerja keras berlatih, berjuang. Jika kalah dia akan marah. Dan ketika di PSG, dia dilayan dengan teruk, pada pandangan saya.”
“Namun pada masa yang sama saya benar benar gembira dia memenangi Piala Dunia bersama Argentina. Macam yang kamu cakap tadi, bola sepak berlaku adil untuknya, memandangkan Brazil tersingkir awal, Messi berhak menamatkan kariernya seperti ini.”