Neymar kelihatab mengalami kecederaan serius semasa aksi PSG menentang Saint-Étienne di Stadium Geoffroy.
PSG menang 3-1 dalam kunjungan mereka. Namun terpaksa menelan perkhabaran duka bahawa superstar mereka, Neymar tidak akan dapat bermain dalam tempoh agak lama selepas itu.
PSG awalnya bergelut untuk menewaskan penjaga gol St Etienne iaitu Etienn Green. Ye! Nama keeper dia sama dengan nama kelab.
Malah, PSG terpaksa bangkit daripada ketinggalan 1-0. Di mana tuan rumah mendahului menerusi Denis Bouanga.
PSG kemudian memanfaatkan kelebihan seorang pemain apabila Timothée Kolodziejczak dibuang padang pada lewat separuh masa pertama.
Messi berjaya mencetak hatrik assist dalam kebangkitan PSG. Membuatkan bekas kapten Barcelona itu menjadi tumpuan media semalam.
PSG menyamakan kedudukan menerusi tandukan oleh Marquinhos selepas menerima hantaran cantik Messi pada masa kecederaan separuh masa pertama.
Messi melakukan hantaran lintang yang sangat sesedap rasa kepada rakannya itu.
Pada separuh masa kedua, PSG terus memperagakan aksi menyerang.
Messi sekali lagi membekalkan assist untuk gol pendahuluan Angel Di Maria. Namun selepas itu tumpuan adalah kepada Neymar yang terpaksa dikeluarkan pada minit ke-88 kerana kecedera
Di mana bintang Brazil itu mengalami kecederaan buku lali yang membimbangkan selepas terjahan oleh Loïs Diony.
Pergelangan kakinya dilihat terlentur secara hyperextensive yang membuatkan Neymar meraung kesakitan.
Ini bukan kali pertama Neymar mengalami kecederaan buku lali. Sebelum ini, kerana kecederaan serupalah beliau terpaksa disisihkan daripada aksi Copa America 2019. Di mana Brazil turut menjadi juara pada edisi tersebut.
Selepas tamat perlawanan, Neymar dilihat masih mampu berjalan walaupun terpaksa menggunakan alat pendakap sokongan pada kakinya.
Sekurang kurangnya ia memberitahu kita bahawa kecederaan itu tidaklah terlalu buruk walaupun Neymar selepas itu akan berehat panjang.
Neymar leaving the stadium in crutches & with a cast. pic.twitter.com/zJY9k3WHLG
— 𝗡𝗲𝘆𝗺𝗼𝗹𝗲𝗾𝘂𝗲 (@Neymoleque) November 28, 2021
Sejak menyertai PSG, Neymar sudah mengalami lebih 20 siri kecederaan dalam 4 musim terakhir.
Rekod itu pastinya merisaukan peminat peminat Neymar terutama sekali mereka yang berada di Brazil.
Namun begitu Neymar sentiasa bangkit semula dengan kuat setiap kali selepas kecederaan.
Pemain yang menyertai PSG dengan nilai £200 juta pada 2017 itu dianggap antara bakat luar biasa pada era beliau.
Oleh itu peminat mendoakan agar Neymar cepat sembuh untuk menyaksikan semula aksi beliau yang lincah di atas padang.
Neymar juga merupakan pemain penting untuk negaranya. Neymar sebelum ini sudah mengumumkan bahawa Piala Dunia 2022 di Qatar merupakan tugasan antarabangsa terakhirnya bersama dengan Selecao.
Ini kerana Neymar tidak pasti apa yang akan berlaku pada kariernya selepas ini.
Menurut Neymar, beliau tidak pasti lagi sama ada beliau akan memiliki kekuatan dari segi mentaliti untuk terus bermain bola sepak.
Bercakap kepada DAZN, Neymar berkata: “Rasanya, Piala Dunia 2022 akan menjadi piala dunia terakhir saya. Saya tak rasa saya cukup kuat secara mental untuk mengendalikan hidup sebagai pemain bola sepak.”
“Saya akan memberikan segalanya untuk membantu Brazil menjuarai Piala Dunia 2022 dan merealisasikan impian saya sejak kecil lagi.”
https://t.co/z8sA3xITk5
Neymar baru saja menandatangani kontrak baru beberapa bulan lalu dengan PSG. Pastinya agak tidak masuk akal untuk melihat beliau bersara sepenuhnya daripada bola sepak.
Jadi, Neymar mungkin mempertimbangkan keputusan untuk bersara daripada peringkat antarabangsa dan fokus kepada aksi di peringkat kelab sahaja.
Neymar kini merupakan antara pemain yang menerima cek gaji tertinggi di lapangan bola sepak. Itu tidak menghairankan kerana statusnya sebagai bintang yang disayangi kelab sekaya PSG.