Neymar Setuju Dengan CR7 Menjadi Punca Bintang Dunia Datang Ke Arab Saudi

Neymar setuju dengan pendapat CR7 beberapa minggu lalu di mana pada masa itu Ronaldo menyatakan bahawa dia telah menjadi pencetus kepada fenomena pemain datang beramai-ramai ke Liga Pro Arab Saudi.

Ronaldo berkata: “Ketika saya membuat keputusan untuk datang ke Arab Saudi, semua orang mengejek saya dan berkata macam macam.”

“Lihatlah sekarang, semua pemain nak datang ke sini kerana saya telah membuka pintu kepada mereka untuk menarik mereka ke sini.”

“Di mana sahaja Ronaldo pergi, dia akan menjadi pusat perhatian. Dulu Serie A mati ketika saya baru tiba di Juventus. Dan selepas saya menyertai Juventus, liga itu menjadi hidup semula.”

Ronaldo malah yakin bahawa dalam beberapa tahun lagi Liga Pro Saudi akan lebih bagus daripada liga seperti Liga Belanda dan Liga Turki yang berada di Eropah.

Dan ketika ini Ronaldo yakin Liga Arab Saudi lebih baik daripada MLS di Amerika Syarikat.

Neymar Jr mengakui aura Ronaldo turut mersap dalam dirinya untuk datang ke Liga Arab Saudi. Dan Neymar percaya fenomena gelombang bintang bintang dunia datang ke Arab Saudi adalah kerana Ronaldo.

Karim Benzema, N’golo Kante, Jordan Henderson, Fabinho, Firmino, Riyad Mahrez, Sadio Mane dan ramai lagi, datang ke Arab Saudi untuk menjadikan liga itu semakin dikenali.

Neymar merupakan nama besar baharu yang menyertai Liga Arab Saudi.

Dia bukan nama biasa biasa dalam bola sepak. Neymar Jr. yang setaraf dengan populariti Messi dengan Ronaldo.

Neymar memberikan kredit kepada Cristiano Ronaldo di atas fenomena yang dicetuskan pemain itu.

Neymar akui, gelombang itu mulai berlaku tahun lalu sebaik sahaja Ronaldo menandatangani kontrak dengan Al Nasser.

Neymar berkata: “Saya percaya Ronaldo yang memulakan fenomena ini dan semua orang menggelarnya gila masa itu. Cakap begitu begini tentang keputusannya. Hari ini liga ini berkembang pesat kerana dia.”

“Ianya perkara yang mengujakan untuk berhadapan dengan pemain pemain berkelas dunia bermain untuk pasukan lain. Dan ianya akan memberikan motivasi kepada kamu untuk bermain lebih baik.”

“Dan kamu berpeluang untuk berhadapan dengan Ronaldo, Benzema, (Roberto) Firmino, ianya lebih mengujakan.”

Neymar akan bermain bersama sama dengan bintang lain seperti Kalidou Koulibaly, Ruben Neves, Sergej Milinkovic-Savic, Malcom dan Yassine Bounou. Mereka juga berusaha mendapatkan Mitrovic.