Sports ES melaporkan bahawa Neymar kini sudah menyampah dengan pengurus pasukan Al Hilal iaitu Jorge Jesus. Dan dia dikatakan sedia mencadangkan kepada pengurusan tertinggi kelab agar jurulatih itu dipecat jika berterusan mengguris hatinya.
Neymar memulakan kehidupan serba mewahnya di Arab Saudi dengan agak kurang gembira apabila tiba ke soal bola sepak. Ada beberapa perkara yang dia tak puas hati dan mahukan kelab itu memberikan lebih perhatian kepadanya.
Neymar baru baru ini telah disisihkan daripada pemilihan pasukan selepas menunjukkan sikap yang tak memuaskan hati pengurus pasukan iaitu Jorge Jesus. Tindakan itu membuatkan pemain itu benar benar terkejut dengan keputusan itu. Sebelum itu, Neymar juga dikatakan kecewa kerana dia tidak dapat mengambil sepakan penalti pada debutnya, di mana pemain legenda kelab Salim Al Dawsari telah mengambil sepakan itu dan enggan menyerahkan tugasan itu kepada Neymar.
Salim sudah dipilih sebagai pelaksana penalti kelab itu selama ini. Namun Neymar merasakan kehadiran dia di Al Hilal sebagai bintang utama seharusnya dia diberikan keistimewaan seperti itu. Ianya ibarat kisah ketika Mbappe merampas tugasan penaltinya ketika di PSG dahulu.
Jorge Jesus kemudian dikatakan tidak gembira dengan sikap Neymar ketika di atas padang ketika aksi Liga Juara Juara Asia berdepan dengan pasukan Navbahor Namangan. Dengan pemain Brazil itu tidak dapat menerima kritikan yang dilemparkan pengurus itu ke atasnya.
🚨 Neymar is already very unhappy by the start of his adventure at Al-Hilal. 😤🇸🇦
The Brazilian clashed with his coach, Jorge Jesus, after the Asian Champions League match against Navbahor Namangan.
The Portuguese coach criticised Neymar for his bad attitude on the pitch and… pic.twitter.com/jPe6oatXOq
— Transfer News Live (@DeadlineDayLive) September 25, 2023
Berbalik kepada kisah Neymar dan pengurusnya, Jorge Jesus sudah membuat kenyataan menyatakan bahawa hubungannya dengan Neymar baik baik sahaja. Sekaligus menepis dakwaan bahawa pemain itu tidak gembira dengan corak pengurusannya. Pengurus itu berkata: “Saya membuat keputusan untuk tidak memanggil Neymar kerana dia masih perlukan masa untuk mempersiapkan diri sepenuhnya secara fizikal.”
“Saya ada hubungan yang rapat dan istimewa dengan Neymar sebelum dia tiba dari Brazil.”
🎙️JORGE JESUS:
“I made the decision to not call up Neymar yesterday after meeting with him because he needs more time to prepare physically. I have a strong & special relationship with him before his arrival from Brazil.” pic.twitter.com/Y6KoS2HHJ5
— Neymoleque | Fan 🇧🇷 (@Neymoleque) September 25, 2023
Neymar sebelum ini pernah mengkritik PSG sebagai kelab yang ibarat neraka. Dan menegaskan bahawa itulah alasan utama dia mahu menyertai Al Hilal. Neymar memiliki kontrak luar biasa dengan Al Hilal. Nilai gajinya mencecah €160 juta semusim. Kemudian diberikan kediaman mewah 25 tempat tidur serta jet peribadi untuk kegunaan dia berulang alik ke mana sahaja.
Pada waktu hari rehat atau bercuti, Neymar akan ditanggung makan minumnya oleh kelab, termasuk membayar hotel tempat dia menginap.