Neymar Tambah Lagi MC, Bakal Rehat Sehingga Januari 2025

Neymar dilaporkan terpaksa menambahkan cuti sakitnya. Ini selepas Neymar gagal dalam ujian kecergasan yang dibuat oleh doktor kelab.

Neymar musim lalu menghabiskan sebahagian besar masanya di bilik rawatan kerana kecederaan. Dia ketika itu baru sahaja menyertai Al Hilal.

Dia ketika itu mengalami kenderaan ACL yang serius. Kini dia memasuki tahun kedua kontraknya. Pengurus Al Hilal, Jorge Jesus sebelum ini tidak pasti bila pemain itu akan kembali.

Laporan dari Saudi menyebut bahawa Neymar sudah sedia untuk kembali. Namun selepas ujian kecergasan dibuat ke atasnya. Doktor kelab mencadangkan agar pemain itu dilanjutkan lagi rehatnya.

Hal ini kerana fizikalnya masih belum berada di tahap terbaik. Dan kini kelab sedang mempertimbangkan untuk terus menyisihkan nama Neymar sehingga Januari. Kerana mahu memberikan slot import itu kepada pemain lain.

Al Hilal sudah pun mengisi secara maksimum slot pemain import pada jendela perpindahan baru baru ini. Slot pemain import Al Hilal yang ada diisi oleh Yassine Boonou (Morocco), Kalidou Koulibaly (Senegal), Renan Lodi (Brazil), Joao Cancelo (Portugal), Ruben Neves (Portugal), Sergej Milinkovic–Savic (Serbia), Aleksandar Mitrovic (Serbia), dan Malcom (Brazil).

Jadi kelab tida mahu mengambil risiko kehilangan Neymar untuk beberapa bulan lagi pada awal musim ini dengan slot itu juga turut kosong. Kelab mahu Neymar menyertai mereka pada Januari 2025 nanti.

Pengurus Jorgen Jesus sendiri dikatakan tidak ada perancangan untuk mengeluarkan mana mana pemain import sedia ada untuk membawa masuk Neymar ke dalam daftar pasukan mereka. Pengurus itu yakin pilihan terbaik adalah Neymar didaftarkan pada Januari 2025.

Di mana ketika itu bintang Brazil itu dijangka sudah cergas sepenuhnya.

Jika ini berlaku, ketika Neymar kembali menyertai pasukan pada Januari nanti, dia cuma ada baki kontrak kira kira 7 bulan atau kira kira separuh musim. Dia menandatangani kontrak 2 musim sehingga Ogos 2025.

Neymar menikmati kadar gaji sangat luar biasa di Al Hilal. Kontrak bernilai mencecah €300 juta.

Pada April lalu, Neymar sempat troll diri sendiri selepas mengutip medal kejuaraan Piala Super Saudi. Di mana ketika itu Al Hilal menewaskan musuh tradisi Al Ittihad 4-1. Neymar berada di tempat duduk VIP menyaksikan rakan rakannya beraksi.

Selepas memenangi Piala Super Saudi, Neymar memuat naik di media sosialnya berkata: “Ianya seperti kamu di sekolah dulu. Pelajar pelajar lain buat kerja berkumpulan. Dan kamu pula datang untuk ambil gred keputusan sahaja.”

“Just like in school, your group does the work and you collect the grade”- Neymar after winning Saudi Super Cup with Al Hilal
byu/BlueLabel19 insoccer

Ramai yang geli hati melihat video Neymar itu. Sambil mengucapkan tahniah kepadanya di atas kejayaan bersama dengan pasukan baharunya itu.

Ada juga yang menulis, Neymar seorang yang sangat santai, sebelum orang lain troll dia, dia dah troll diri sendiri. Neymar juga sebelum itu memuat naik video menunjukkan dia benar benar berusaha untuk cergas semula.

Neymar sudah memberikan ikrar tentang komitmennya kepada pasukan Al Hilal. Menepis dakwaan bahawa dia tidak bersungguh sungguh untuk kembali beraksi semula bersama kelab itu.

Neymar merupakan antara penerima gaji tertinggi di Arab Saudi. Dia adalah pemain yang menjadi pembelian termahal dalam sejarah Liga Pro Saudi. Di mana Al Hilal membayar €90 juta kepada PSG untuk mendapatkan khidmatnya.