Neymar Tentang Messi Julang Piala Dunia: “Dunia Bola Sepak Gembira Dia Menang”

Neymar percaya dunia bola sepak gembira apabila Lionel Messi akhirnya menjulang Piala Dunia 2022.

Messi yang sudah berusia 36 tahun ketika hadir di Qatar sebenarnya pernah dianggap tiada harapan lagi untuk menjulang Piala Dunia selepas kekalahan pada final 2014 dan aksi hambar Argentina pada 2018.

Namun Messi bangkit dan memenangi Copa America 2021 kemudian menjulang Finalissina dan seterusnya menyempurnakan kariernya dengan kemenangan dalam Piala Dunia 2022.

Kejayaan Messi dengan Argentina itu dianggap Messi sebagai pelengkap kepada kariernya. Sebelum ini dia pernah menyatakan bahawa segala piala yang dia capai di Barcelona tak akan sama nilainya dengan kejuaraan piala dengan Argentina.

Messi sanggup menukar semua piala dia dengan kelab atau kesemua Ballon d’Or miliknya untuk 1 piala antarabangsa bersama Argentina.

Neymar antara pemain yang gembira dengan kejayaan Messi menjulang Piala Dunia.

Neymar menganggap bahawa sukan bola sepak telah berlaku adil kepada Messi dengan kejayaan itu. Kerana Messi telah banyak sumbangan pada sukan itu.

“Bola sepak telah adil dengan Messi, dan saya dah pernah menyatakan perkara ini kepada beliau.”

“Saya berkata kepada dia: ‘Saya gagal melakukannya, namun memandangkan kamu berjaya melakukannya, memenangi Piala Dunia’, saya gembira.”

“Saya bercakap dengan dia sebelum final [Piala Dunia 2022 menentang juara bertahan Perancis], menyatakan sokongan saya kepadanya.”

“Dia harus menamatakannya dengan cara penuh keemasan. Saya sangat gembira dan dunia bola sepak sangat gembira sejak kejayaan Messi itu.”

Neymar merupakan kawan baik Lionel Messi. Mereka pernah bergandingan di Barcelona dan kemudian di PSG.

Pada Copa America 2021, Argentina mengalahkan Brazil pada aksi final. Neymar dengan rendah hati mengucapkan tahniah dan menyatakan dia tumpang gembira untuk Messi yang akhirnya menamatkan kemarau kejuaraan antarabangsa dengan Argentina.

Messi menganggap kejayaan menjulang Piala Dunia sebagai pelengkap kepada karier bola sepaknya.

“Ia bermaksud saya sudah memenangi segalanya, tiada satu pun tertinggal,” kata Messi selepas kejayaan menjulang Piala Dunia 2022.

Messi masih bermain untuk skuad kebangsaan Argentina, walaupun pernah merancang bahawa Piala Dunia 2022 sebagai yang terakhir untuk dia berbakti untuk negaranya.

Baca yang lain

Cassano Anggap Leao Perasan Bagus

Antonio Cassano sekali lagi membuat kenyataan kontroversi, kali ini dia mensasarkan kepada Rafael Leao. Dia melabel pemain Milan itu sebagai pemain yang