Neymar Terkejut Melihat Messi: “Kau Buat Apa Kat Situ”

Tindakan Messi menjadi low blocker ketika benteng PSG berdepan sepakan percuma Riyad Mahrez memang menarik perhatian dan mengejutkan ramai pihak.

Rio Ferdinand dengan nada berseloroh menyatakan bahawa beliau akan melakukan apa sahaja demi Messi asalkan dia tidak melakukan tugas seperti itu.

Messi berbaring di belakang benteng untuk menghadang potensi bola rendah yang dileretkan lawan.

Ferdinand juga meminta Mauricio Pochettino untuk tidak melayan mega star mereka seperti itu kerana ianya agak biadap, kata beliau sambil bergurau nakal / sarcasm.

“Pada momen Pochettino menyuruh Messi melakukan perkara ini di pusat latihan, seseorang harus menyedarkan dia dan berkata: ‘Tak tak tak, Lionel Messi tak patut buat kerja ni. Ini biadap dan saya tak boleh menerimanya’.”

“Jika saya satu pasukan dengan Messi saya akan berkata kepada Messi: Jangan jangan jangan, biar aku berbaring untuk kamu’.”

“Messi tak seharusnya mengotorkan jersi dia sebab itu bukan kerja seorang Messi.”

Selepas tamat perlawanan, Neymar sendiri menyatakan dia terkejut melihat Messi tiba tiba berada di belakang mereka ketika membuat benteng.

Neymar memuat naik di Instagram beliau dengan kapsyen: “Wei kau buat apa kat situ?”

Sambil meletakkan banyak emoji gelak berguling. Selain itu wajah Ander Herrera juga kehairanan melihat Messi.

 

Ia  mungkin nampak kelakar sebab di Barcelona, Messi tidak pernah menjadi low blocker. Namun ramai memuji dedikasi Messi yang ternyata tidak terbatas kepada mencari gol sahaja. Beliau juga membuktikan bahawa dia seorang pemain pasukan / team player yang sanggup melakukan apa sahaja demi pasukan.

Sebelum ini Kylian Mbappe pernah melakukan tugasan low blocker tersebut. Maka tidak ada alasan untuk Messi menolaknya hanya kerana dia seorang pemenang Ballon d’Or enam kali.

Dalam aksi yang sama, Messi mencetak gol sulung beliau untuk PSG sejak menyertai pasukan tersebut secara percuma musim ini.