Neymar Yakin Bantu Brazil Juara Piala Dunia 2026

Neymar menyatakan dia kini dalam misi mahu memenangi Piala Dunia 2026 bersama dengan Brazil. Pemain itu kembali semula ke Santos selepas kontraknya bersama Al Hilal ditamatkan atas  persetujuan bersama.

2 tahun bersama Al Hilal, pemain itu hanya mencetak 1 gol dan  bermain 7 perlawanan sahaja untuk kelab tersebut. Dia juga banyak berehat kerana masalah kecergasan.

Kini pemain itu kembali semula ke kelab lamanya Santos. Dia diraikan bagai anak raja yang baru pulang semula ke Santos.

Neymar kini perlu bersaing dengan ramai pemain untuk merebut tempat dalam skuad Brazil.

Bercakap kepada wartawan, Neymar yakin dia akan dipilih mewakili Brazil pada edisi Piala Dunia 2026. Walaupun sebelum ini dia pernah menyatakan bahawa Piala Dunia 2022 adalah penyertaan terakhirnya untuk kejohanan itu.

Neymar berkata:  “Saya masih ada perkara yang saya mahu kuasai dalam karier saya iaitu Piala Dunia 2026. Ianya menjadi misi terakhir saya.

“Saya akan melakukan apa sahaja untuk sampai  ke sana. Kembali semula ke kelab ini, Santos, membuatkan saya terasa seperti 17 tahun kembali,” tambah penjaring terbanyak dalam sejarah Brazil itu.

Neymar benar benar berharap dia dapat beraksi di Piala Dunia 2026 dan membantu membawa pulang kejuaraan tersebut. Dia nekad mahu berkorban apa sahaja demi mencapai impian itu.

Neymar percaya dengan kualiti pemain yang mereka ada, Brazil cukup kuat untuk memenangi Piala Dunia 2026  akan datang.

Neymar berkata: “Saya ada harapan yang sangat tinggi. Saya mahu berrmain di sana 100% dan memberikan seluruh hidup saya di sana. Ianya akan menjadi ‘dansa’ terakhir saya.

Kami ada pemain pemain yang kuat untuk bergelar juara. Namun kami perlu menguruskan diri sendiri.” tegas Neymar.

Legenda Brazil, Romario percaya bahawa Brazil boleh bergelar juara jika mereka membawa Neymar. Ini kerana Neymar adalah pemain yang istimewa. Pemain pemain muda akan berjuang untuk membantu Neymar menjuarai Piala Dunia 2026 itu nanti.

Romario berkata: “Brazil cuma ada peluang untuk memenangi Piala Dunia seterusnya jika ada Neymar. Pada 1962, Brazil bermain untuk Garrincha. Pada 70, demi Pele, 94 untuk Romario dan 2002 adalah untuk Ronaldo.

“Jadi edisi 2026, jika tidak bermain untuk Neymar mereka tak  akan menang.”