Persekutuan Bolasepak Nigeria (NFF) akan menyiasat dan mengambil tindakan ke atas penyerang bintang Super Eagles, Victor Osimhen atas kelakuan tidak wajar terhadap serangan lisannya terhadap bekas jurulatih pasukan kebangsaan senior Nigeria, Finidi George.
Finidi telah dibidas oleh penyerang Napoli itu yang marah atas laporan bahawa bekas jurulatih itu mempersoalkan komitmennya (Osimhen) kepada pasukan Nigeria, Finidi menuduh Osimhen memilih tugasan untuk pasukan kebangsaan.
Osimhen telah mengecam pengurusnya itu dan memberikan sebab dia terlepas perlawanan kelayakan piala dunia pasukan menentang Afrika Selatan dan Republik Benin, yang mereka seri 1-1 dan tewas 1-2, membuatkan mereka jatuh ke tangga ke-5 kumpulan mereka, empat mata di belakang pendahulu Rwanda.
Osimhen berkata dalam sesi Live IG: “Saya tahu benda macam ni akan berlaku. Sebab tu saya dah ada screen shot dan video siap siap dengan saya. Saya dah hubungi Finidi menyatakan keadaan saya. Ketika itu ada doktor bersama saya ketika saya dirawat di Jerman.
“Saya hubungi Finidi dan meminta pelepasan untuk tugasan kali ini. Dan saya juga bercakap dengan beberapa rakan pasukan saya tentang perkara itu. Dan Finidi sendiri cakap saya perlu berehat dahulu bersama keluarga saya.
“Saya tak perlu nak jelaskan apa apa. Semua orang tahu saya bermain sepenuh jiwa raga untuk pasukan kebangsaan ini. Nanti saya akan kongsikan screenshot perbualan dan video percakapan saya dengan Finidi. Kepada mereka yang percaya bulat bulat apa yang Finidi tu cakap.
“Terus terang saya cakap, saya dah hilang rasa hormat kepada manusia ini. Sebelum ini saya tak pernah tak hormat orang lain. Saya sentiasa menghormati orang lain. Namun yang ini, maaflah.”
Victor Osimhen just went live on IG few mins ago very angry. Responding to Finidi George the Nigerian manager Osimhen to come play for Super Eagles during WC qualifiers ☕️
pic.twitter.com/QrOs1NRFto— Egal (@EGTVEgal) June 15, 2024
Bintang senior Nigeria, Ighalo masuk di komen dan berkata: “Boy, kamu tenang tenang sudah, tamatkan je live ni ok.”
Perkara itu dipandang serius oleh NFF. Hal ini kerana kenyataan Osimhen itu dianggap melampau terutama sekali ketika dia berkongsi dengan umum perbualannya dengan Finidi.
NFF dalam kenyataannya menyatakan bahawa Osimhen sebenarnya telah memberikan reaksi ke atas laporan tidak tepat.
NFF berkata: “Presiden NFF, Ibrahim Muse Guseu, telah bercakap dengan Osimhen mengenai luahannya dan Finidi juga sudah menghubungi pemain tersebut.
“Laporan tentang kenyataan Finidi yang membuatkan Osimhen marah itu sebenarnya laporan palsu dan direka reka media. Malang sekali Osimhen tidak mendapatkan kepastian tentang kesahihan laporan itu sebelum dia bertindak balas dengan marah.
“Osimhen adalah contoh teladan [role model] dalam pasukan ini dan satu-satunya cara kita boleh membantu jurulatih yang akan datang adalah dengan menggunakan kewibawaannya untuk menunjukkan teladan kepada umum.
“Dia telah melampaui batas dengan luahan penuh marahnya, walaupun Finidi menghubunginya untuk menjelaskan dia masih patut untuk menarik balik kenyataannya.”
Finidi kemudian meletakkan jawatannya selepas mendapat tekanan daripada ramai pihak. Dan kemuncaknya adalah kemarahan Osimhen ke atasnya.
NFF menambah: “Kami tidak akan membenarkannya dan kami akan membincangkan isu itu. Saya boleh beritahu anda dia tidak akan berada dalam pasukan sehingga dia meminta maaf atas tindakannya.”
Perlu diingat bahawa SaharaReporters melaporkan bagaimana Finidi George dituduh menyatakan bahawa Osimhen dan pemain Super Eagles lain kelihatan tidak komited dengan pasukan. Walaupun kenyataan itu telah dinafikan oleh Finidi.