Tentera Myanmar menyambut Hari Angkatan Tentera dengan perbarisan dan taklimat kghas pada hari Sabtu.
Perayaan itu berlaku di tengah tunjuk perasaan yang berterusan oleh penduduk Myanmar sejak rampasan kuasa bulan lalu. Tunjuk perasaan itu berlaku di sebahagian besar negara mereka, termasuk bandar metropolitan Yangon, wilayah Mandalay utara dan bandar selatan Bago.
Anggota tentera dan polis dikatakan telah menggunakan peluru hidup untuk menembak untuk membunuh.
Media tempatan melaporkan bahawa sekurang-kurangnya 50 penunjuk perasaan Myanmar ditembak mati oleh pasukan keselamatan semasa perarakan tentera di ibu negara Naypyidaw.
Salah seorang daripada mangsa yang terkorban adalah Chit Bo Nyein, yang merupakan pemain bola sepak Myanmar. Chit Bo Nyein adalah kapten pasukan berusia 21 tahun dari kelab Hantharwady United U-21. Dia ditembak mati oleh tentera Myanmar pada hari Sabtu pagi di Yangon, semasa sedang membantu menjaga kedai teh keluarganya.
Here is also a fallen #football star. Chit Bo Nyein, the captain of U21 Hantharwady United FC , got shot by brutal terrorists at #Insein on March 27.#WhatsHappeningInMyanmar pic.twitter.com/LyMMBrDnOA
— Kyaw Swan Pyae Linn (@KSwanPyaeLinn) March 28, 2021
Chit Bo Nyein dicari oleh tentera kerana dia dilaporkan terlibat dalam protes kepada tentera. Paling kejam, sebuah kereta pacuan empat roda yang berhenti lalu menembak Chit Bo. Rakan rakan Chit Bo sempat melarikan diri, daripada menjadi korban seterusnya.
Kejadian itu sangat ngeri dan kejam. Dia ditembak di bahagian tangan kirinya. Meninggal dunia di hospital selepas kehilangan darah yang sangat banyak. Pada hari yang sama, sekurang kurangnya 10 warga Myanmar cedera bertempur dengan tentera dan pasukan anti rusuhan.
A 21-year-old man was killed and at least 10 people were injured in a crackdown by armed forces on an anti-coup protest in Yangon’s Insein township on Saturday. Chit Bo Bo Nyein was shot in the left arm and died moments after arriving at the hospital. #WhatsHappeningInMyanmar pic.twitter.com/LSXvbK6PB1
— Myanmar Now (@Myanmar_Now_Eng) March 27, 2021
Di Myanmar tentera akan memburu sesiapa sahaja yang menentang mereka. Bahkan ada yang menyifatkan tentera ibarat anjing perang yang ganas memburu mangsanya.
Video tersebut tular di media sosial. Kepada korang yang hati kering nak melihatnya, sila klik pautan ini: VIDEO PEMAIN MUDA MYANMAR DITEMBAK
Jika anda seorang yang lemah semangat, boleh abaikan video itu kerana ianya berpotensi mengganggu emosi korang.